Followers

Wednesday, July 29, 2009

Pemimpin dan pencacai UMNO 'terbakar' kerana tembakan Nik Aziz

'Pergi jahanamlah UMNO!'. Satu 'tembakan' Nik Aziz yang menjadikan UMNO kepanasan sekarang ini. Ramai pemimpin-pemimpin UMNO berbagai peringkat dan NGO-NGO UMNO yang berfikiran sempit yang 'terbakar' dengan 'tembakan' itu.

Antara yang terbakar hari ini Zahid Hamidi yang baru-baru ini berjumpa dan berkenalan dengan Ehud Barak Yahudi laknat itu. Naib Presiden UMNO itu berkata Nik Aziz tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun. Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu.

OO...Nik Aziz tidak bertamaduun....!! Orang yang berjumpa dan berbincang dengan Menteri rejim zionis, pembunuh berjuta umat Islam, bertamadun ?

Nik Aziz mahu berbaik-baik dengan kerajaan pusat kerana ada udang di sebalik batu !!? Tu...yang Nik Aziz cakap kerjasama antara pusat dengan negeri, UMNO pergi kata Nik Aziz kata mahu kerjasama antara UMNO dengan PAS itu, ada apa di sebalik batu ?

Lagi yang 'terbakar' kerana tembakan Nik Aziz kepada UMNO ialah Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad yang berkata, Nik Aziz memang patut dilupakan bukan sahaja kerana beliau gagal membawa perpaduan dalam partinya sendiri tetapi juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah.

Syed Nuar kata Nik Aziz memang patut dilupakan. Dah...selama ini Nik Aziz suruh UMNO ingatkan dia ke ? Inilah orang yang mengigau di siang hari, Nik Aziz tembak UMNO dia yang latah dan terbakar.

Seorang lagi yang lebih parah terbakarnya ialah Ahli Jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, sikap terbaru Nik Aziz itu amat dikesali apabila Mursyidul Am Pas itu lebih mementingkan kehendak politik berbanding perpaduan Islam dan Melayu yang mendesak kini. Menurutnya, Nik Aziz sepatutnya sedar apakah bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menjamin pemerintahan negara ini terus ditunjangi kepimpinan Islam dan Melayu.

Ini seorang lagi, nama kata Prof tapi tak faham, dan sedang merusakkan konsep 1 Malaysia Najib. Nik Aziz sudah lama sebut bahawa dia tidak memperjuangkan bangsa Melayu tetapi dia memperjuangkan Islam . Dah (?), apa peliknya kalau Nik Aziz lebih mengutamakan prinsip Islamnya kerana dia dah sebut selalu, dia bukan pejuang bangsa tetapi pejuang agama Allah ?

Nampaknya pemimpin-pemimpin dan pencacai-pencacai UMNO penat dan kalah lagi lawan Nik Aziz. UMNO baru mula 1 Malaysia zaman Najib, tapi Nik Aziz sudah mula 1 Malaysianya sejak mula berpolitik. Nampak sangat lapoknya UMNO dari segala segi berbanding dengan Mursyidul Am Pas itu.

Siapa lagi yang akan terbakar esuk dan seterusnya, kerana tembakan yang Nik Aziz lepaskan kelmarin itu ?

1 comment:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Salah satu kehebatan manusia yang bernama Nik Aziz yang Umno BN tidak pernah nak faham2 ialah tembakannya tidak pernah tersasar, sentiasa tepat ke sasaran (hati).

Dengan hanya 1 peluru (hujjah), Tok Guru bisa membidik lebih dari 1 mangsa.

Tembakan (dakwah dan hujjahnya) amat terkesan (mendidik jiwa yang lupa), tetapi bagi mereka (Umno BN) yang tidak mahu menerima kebenaran, bermacam-macam tuduhan akan dihamburkan kepada manusia bersusuk tubuh kecil tapi tinggi maqam ilmunya ini..

Itulah Menteri Besarku.. Tok Guru Nik Aziz. Semoga Allah terus panjangkan umurnya untuk digunakan di jalan dakwah, dan sentiasa memelihara ilmu didadanya dari sifat lupa atau alpa. Amin

www.pemudakemehe1.blogspot.com