Followers

Tuesday, July 14, 2009

5283 pengundi MU tuntut jambatan !

Hah...UMNO/BN pasti akan kalah lebih teruk dalam pilihanraya ke 13 nanti, jika UMNO/BN tidak membina jambatan di Manik Urai. Nampaknya ugutan Tan Sri Muhyiddin Yasin benar-benar makan diri.

Oleh kerana mahu juga UMNO/BN bina jambatan di Manik Urai, pengundi-pengundi Manik Urai bertindak bijak dengan berpakat mewujudkan hanya 65 majoriti. Ditugaskan 5348 pengundi menangkan PAS kerana tetap mahu calon PAS yang bersih terus kekal sebagai wakil rakyat dan diamanahkan kepada 5283 pengundi menuntut pembinaan jambatan ! Mereka tidak bimbang dengan majoriti tipis kerana ini hanya PRK.

Manakala UMNO/BN pasti sudah pucat muka. Janji Muhyiddin mesti ditunaikan jika tidak 5283 pengundi Manik Urai tidak akan memangkah UMNO/BN lagi dalam pilihanraya ke 13 nanti. UMNO/BN akan benar-benar terburai di Manik Urai jika mereka sanggup menghampakan pengundi-pengundinya yang ramai itu yang mengundi UMNO/BN kerana jambatan !

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65


1 comment:

Anonymous said...

kesianlah kat pengundi-pengundi pas tu. Tak boleh guna jambatan yang BN akan bina tu. Pas tak mau jambatan tu. Penyokong BN je yg nak!