Followers

Sunday, June 21, 2009

UBAN kena buktikan keikhlasan untuk berpadu

Walaupun telah dinyatakan berkali-kali oleh pihak PAS bahawa Kerajaan Perpaduan yang pernah dicadangkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan bermaksud hanya kerjasama PAS dengan UMNO atau kemasukan PAS dalam UMNO, namun nampaknya Timbalan Perdana Menteri terus merayu-rayu agar hubungan UMNO dengan PAS dapat dimulakan segera konon katanya demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Demi kepentingan Islam dan keharmonian negara sepatutnya kerajaan UBAN kena buat ini dulu:

1. Tunaikan tuntutan 1 billion royalti petroleum kepada Kerajaan Islam Kelantan.
2. Tak usah bertanding PRK DUN Manik Urai Kelantan, bagi PAS menang tanpa bertanding kerana itu kerusi PAS.
3. Mansuhkan ISA kerana PAS menuntut ISA dimansuhkan kerana bertentangan dengan Islam.
4. Mansuhkan PPSMI segera kerana itu perjuangan PAS kerana ramai anak-anak Islam teraniaya dengan PPSMI.
5. Bubar segera DUN Perak kerana itu tuntutan PAS.
6. UBAN kena fikir semula dengan segera wajarkah bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO menjadi Ketua Hakim Negara.
7. SPRM perlu berada di bawah parlimen bukan di bawah telunjuk Perdana Menteri.
8. Hentikan SPR dan PDRM dari menjadi 'parti komponen' UBAN.

Fikirkan dan selesaikan dulu perkara di atas barulah UBAN boleh bercakap soal perpaduan bukan dengan PAS tetapi dengan semua parti . Jika UMNO tidak mahu fikirkan soal tersebut, ambil jalan mudah, mohon masuk dan terima konsep Pakatan Rakyat yang kini dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP kerana Pakatan Rakyat adalah Kerajaan Perpaduan tulin.

No comments: