Followers

Wednesday, June 10, 2009

Tidak habis-habis menyanjung bahasa Inggeris, Melayu tetap mundur !

Bangsa Melayu memang tidak ada jati diri. Tidak seperti bangsa Cina dan India. Sifat rendah diri bangsa Melayu terlalu menebal. Bangsa Melayu kelihatannya lagi punah jahanam jika tiada pengetahuan dan pegangan agama Islam yang kukuh sebagai budaya hidup dan jati diri mereka. Itulah bangsa Melayu yang penuh dengan sikap rendah diri.

Dari dulu sampai sekarang bangsa Melayu tidak habis-habis bersibuk dengan Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris penting berbanding bahasa Melayu jika mahu maju! Bahasa Inggeris bahasa ilmu bukan bahasa Melayu! Jika mahu kuasai dunia, bangsa Melayu perlu kuasai bahasa Inggeris! Anak-anak Melayu mundur kerana tidak fasih bahasa Inggeris!

Macam-macam bebelan bangsa Melayu. Masalahnya bukan orang bangsa lain yang kata begitu tetapi bangsa Melayu yang membebel begitu. Begitulah rendah dirinya bangsa Melayu. Begitulah kecilnya jiwa bangsa Melayu.

Sudah terbukti di serata ceruk dunia, banyak bangsa samada di Eropah mahu pun di Asia, yang maju dan mampu menyaingi kuasa dunia walaupun ramai rakyatnya yang tidak pandai dan tidak fasih berbahasa Inggeris. Paling sengkek Korea Utara, agaknya berapa ekorlah rakyat Korea Utara yang mampu berbahasa Inggeris tetapi mampu mencipta peluru-peluru berpandu yang mampu mengancam kuasa-kuasa dunia. Tak usahlah diambil contoh Korea Selatan, Rusia, Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain, ambil contoh Korea Utara yang dikepung dunia itu cukuplah !

Tetapi malangnya pemimpin bangsa Melayu terus bersikap rendah diri. Tidak habis-habis dan tidak selesai-selesai bersibuk dengan Bahasa Inggeris, PPSMI lah, wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPMlah. Macam-macam ! Semua hendak cari masalah dan hendak menyusahkan atas alasan demi mengejar kemajuan. Betulkah perlu begitu ?

Kalau Jepun boleh kuasai dunia dengan bahasa Jepun, Cina dengan Mandarin, apa (?) tidak bolehkah bangsa Melayu ini maju dan kuasai dunia dengan bahasa Melayu ? Sengkek benar Bahasa Melayu !

No comments: