Followers

Thursday, June 18, 2009

Sudahlah wahai pemimpin-pemimpin ku, jangan bergaduh lagi !

Bermesyuarat berbincang isu Tok Guru Nik Aziz menggesa Ustaz Nasa letak jawatan pada Isnin ini bukan satu langkah yang bijak. Malah ia akan menjadikan PAS lebih hodoh lagi pada pandangan umum.

Langkah yang terbaik ialah semua pemimpin PAS perlu berbincang apakah perkara yang boleh meredakan kemarahan Tok Guru.

Dan kalau punca kemarahan Tok Guru adalah Kerajaan Perpaduan ( sama ada konsep Kerajaan Perpaduan itu dengan UMNO atau dengan semua parti yang ada dalam Malaysia ini - tak kiralah bagaimana konsepnya), maka seluruh pemimpin PAS jangan lagi menyentuh dan bercakap soal itu kepada sesiapapun terutama wartawan. Dah...dah...jangan cakap !

Saya nak ajar pemimpin-pemimpin PAS jika ditanya wartawan tentang Kerajaan Perpaduan jawab " No Komen !".

Saya bukan hendak katakan konsep Kerajaan Perpaduan Tok Guru Haji Hadi tidak betul , tetapi masalahnya isu ini sensitif kepada Mursidul Am dan sebilangan besar ahli-ahli PAS.

Dah jangan cakap, jangan ulas, ! Orang yang paling tak usah mengulas ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha parti. Asal dua ini bercakap dan mengulas sahaja, tidak akan berkesudahan kecuh parti kita.

Selepas ini sebarang provokasi dan mainan UMNO terhadap isu Kerajaan Perpaduan biarkan Presiden, Mursyidul Am dan tiga orang Naib Presiden jawab. Timbalan Presiden dan Setiausaha jangan kata apa-apa. Mereka berdua bercakap sahaja isu lain !

Apa yang penting sekarang, seluruh kepimpinan, Presiden, Timb. Presiden, Naib2, AJK-AJK, Dewan-dewan, tak usahlah fikir canggih-canggih dan terlalu hendak berseni politik, pergi bermesyuarah dengan Mursyidul Am. Kalau setelah diberi penerangan, Mursyidul Am tetap tidak setuju, akur sajalah dengan pandangan Mursyidul Am, seluruh kepimpinan dan parti tidak akan rugi. Kita tidak rugi jika kita tidak dapat berdakwah melalui Kerajaan Perpaduan tetapi kita akan rugi jika parti kita lemah dan berpecah lalu tidak disokong orang. Lagi banyak kerja-kerja dakwah kita menjadi tidak berkesan.

Sudahlah wahai pemimpin-pemimpin ku, jangan bergaduh lagi !

No comments: