Followers

Thursday, June 25, 2009

RM 1 juta tak cukup untuk Duta Pelancongan Malaysia tau !!

Jean Todt dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia ?

Peruntukan RM1 juta diberikan kepada Jean Todt untuk melakukan kerja-kerja sebagai Duta Pelancongan Malaysia ?

Menteri kata peruntukan RM1 juta sebenarnya tidak cukup untuk kerja-kerja Jean Todt ?

Dah berapa lagi menteri nak bagi kepada Duta Pelancongan Malaysia itu bagi benar-benar cukup?

Menteri kata perlantikan Jean Todt yang bertunang begitu lama dan tak kahwin-kahwin dengan mak we dia itu, mampu menaikkan imej Malaysia ? Huhuhu !!!

Akan megahlah imej Malaysia nanti sebagai destinasi pelancongan kerana Jean Todt!!!!!!!

1 comment:

byPASs said...

SIAPALAH SI MAMAT JINDOT NI, NAK BAWA 2,000 WARGA ASING TINGGAL KAT SINI ?
oleh RAHMAN ZAMRUD
bypass308.blogspot.com

Memang ramai masih dok garu kepala, asapai si mamat Jean Todt ni dapat banyak manfaat dari kerajaan, termasuk kontrak sebagai duta pelancongan negara bernilai RM1juta.

Juga tertanya-tanya kenapalah dia ni dipilih sebagai agen kononnya bakal tarik 2,000 pelancong ke Malaysia. Mamat ni bukannya tahu sangat tentang industri pelancongan negara kita, yang dia tahu Pulau Duyung, Terengganu, khabarnya dia ada tanah dan bunglo kat sana.

Kalau bukan kerana dia tu tunang pelakon antarabangsa @ ipoh mali, Michelle Yeoh, siapalah kenal si Mat Jin Dot ni. Betullah dia tu tokey team Ferrari F1, tapi Fi ni masih ada banyak team lain, orang tak kenalpun siapa bapak team mereka.

Mat JinDot ni bukannya jenis kebulur duit pun, eleh setakat RM1 juta tu dia boleh buat lapik tidur je, ada perlunya dia dok sibuk tarik pelancong mai duduk kat Malaysia ni. Dah kerajaan nak bagi, dia terima jelah, mana dia nak cari 2,000 orang mai tinggal kat sini. Tapi kerajaan lupa, ramai rakyat Malaysia yang tak pernah tengok sebanyak mana RM1 juta tu, kenapalah disusukan juga berok di hutan oiii.

Saya tak hairan kalau Michelle Yeoh, yang terkenal sebagai bintang filem aksi, termasuk pernah muncul sebagai gadis Bond dilantik duta pelancongan. Ini kita akan lebih bangga, dedahkan kepada dunia biar depa tau ini orang perempuan Cina gua Malaysia punya orang, lu datanglah tengok Malaysia, bukan datang sekali saja tengok F1.

Lu orang negeri China pun jangan hanya bangga sama Jet Lee, Jacky Chan, Bruce Lee sebab gua punya Michellle Yeoh juga sebahagian dari filem lu orang. datanglah tengok Malaysia, macam-macam ada, termasuk bakut teh.

Kita kat Malaysia ni memang murah hati dengan orang luar yang ada nama, bangga bukan main tapi anak berank sendiri hidup merana macam taik diapa peduli. Berlambak orang seni kita yang berjasa, mati baru dapat penghargaan, simpan sajalah lebih baik.

Kalau dipilih antara JinDot sekor ni, baik ambil saja siminah Yeoh tu, ada juga nama di peringkat antarabangsa, anak Malaysia pulak tu. salah ke?

Datuk Ng Yen Yen, tolong ambil perhatian sikit tentang duta pelancongan kita, pilih yang logik bukan yang ada pengaruh dengan si anu- si ani. Satu lagi, nampak sangat sejak jadi menteri pelancongan semula, dok asyik lawat luar negara je, berpadan-padanlah, kat luar pun ada pejabat pelancongan kita, depa buat apa, tido ka, makan gaji buta ke?

kalau diteruskan perabih duit rakyat macam tu, baik tutup semua pejabat pelancongan kita kata luar negara dan tukar nama kementerian pelancongan kepada kementerian melancongan, baru sesuai dengan Yen Yen yang suka merayau dan shoping over sea.