Followers

Saturday, June 13, 2009

Kerajaan Perpaduan bagi UMNO

Kerajaan Perpaduan dari sudut PAS, tak mahu ulas sebab tak faham lagi kerana semua orang masih belum jelas.

Tetapi Kerajaan Perpaduan bagi UMNO tak payah terang, semua orang sudah boleh agak. Kerana UMNO tetap UMNO dan selama-lamanya akan UMNO kecuali UMNO itu musnah.

Walaupun Datuk Najib kata dia bersikap terbuka terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan idea PAS tetapi yang pasti Kerajaan Perpaduan bagi UMNO adalah:

1. PAS mesti menyertai Barisan Nasional. Mesti ! Kalau PAS tidak mahu menyertai BN, PAS mesti menyokong BN pada setiap masa dan ketika sebagai bukti perpaduan. Jika PAS cuba menentang UMNO, PAS akan dianggap menentang orang Melayu. Menentang orang Melayu silap-silap haribulan boleh dituduh menentang Raja-raja Melayu !


2. Dalam pilihanraya kerusi PAS tidak boleh melebihi UMNO kerana UMNO mesti diiktiraf sebagai parti tulang belakang BN oleh PAS. Tak kan parti tulang belakang dapat kerusi kurang dari PAS.

3. PAS tidak boleh memegang jawatan Perdana Menteri kerana jawatan itu hak UMNO sebagai ketua BN, Sebagai ganjaran untuk PAS jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2, boleh.


4. PAS hanya boleh memegang jawatan Menteri Besar di negeri-negeri tertentu sahaja, itupun sewaktu UMNO sedang lemah, tetapi sewaktu UMNO kembali kuat PAS tidak boleh menuntut sebarang jawatan atau kerusi. Kalau PAS tidak setuju dengan UMNO pada waktu itu, PAS boleh keluar BN atau akan tiada lagi apa yang dipanggil Kerajaan Perpaduan. UMNO tidak hairan PAS keuar kerana Kerajaan BN akan kembali menguasai.


5. Dalam menjayakan Kerajaan Perpaduan, PAS perlu memutuskan hubungan politik dengan PKR kerana Anwar Ibrahim adalah penderhaka UMNO nombor wahid. Putuskan hubungan dengan DAP kerana Malaysian Malaysia DAP, perkauman !


6. Dalam Kerajaan Perpaduan Ketua Pemuda PAS perlu menerima Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda BN atau kalau tak masuk BN, Ustaz Nasharudin Hassan kena terima Khairy sebagai Ketua Pemuda Kerajaan Perpaduan yang menentang SIS diharamkan.

7. Apabila terbentuk Kerajaan Perpaduan, antaranya PAS mestilah bersetuju kenaikan harga minyak kerana kenaikan itu untuk memulihkan ekonomi negara dan jangan ungkit-ungkit kes Althantuya. Lagi pun semangat setiakawan sebagai anggota Kerajaan Perpaduan wajib dijaga.


8. Sebagai anggota Kerajaan Perpaduan, PAS jangan cakap dan jangan terlibat soal memansuhkan ISA. UMNO mana yang bersetuju ISA dimansuhkan ? Lambat lagi! Dan ingat semangat setiakawan perlu dijaga jika tidak Kerajaan Perpaduan akan retak.

9. Dan macam-macam lagi yang UMNO akan buat untuk mengubah PAS agar menjadi seperti UMNO.

Memang itulah Kerajaan Perpaduan bagi UMNO. Dengan mengenali UMNO dan para pemimpinnya yang ada pada saat ini, UMNO tidak akan tidak buat 9 perkara di atas.

Doh guane ? Pakatan Rakyat puuun longgor-longgor lagi !

No comments: