Followers

Thursday, June 11, 2009

Kami sedang perhatikan tuan-tuan

Segala riak-riak percanggahan yang mampu membawa kepada perpecahan parti perlu diselesaikan segera. Mesyuarat Dewan Harian yang terdiri dari ahli-ahli yang baru dipilih dalam muktamar baru-baru ini dijangka berlangsung pada hari ini. Apa yang diharapkan mesyuarat tersebut akan dapat menyelesaikan banyak kekusutan dan keserabutan yang melanda parti sehari dua ini.

Isu yang paling utama yang perlu diselesaikan ialah isu Kerajaan Perpaduan. Isu ini perlu dimuktamadkan berada di ranking nombor berapa dalam keutamaan parti atau ia bukan isu utama parti lagi. Keputusan terhadap isu ini perlu dimuktamadkan berdasarkan pandangan dan pendapat semua pemimpin PAS yang berselisih pendapat dalam soal Kerajaan Perpaduan.

Jika masih mahu dijadikan antara keutamaan parti, isu Kerajaan Perpaduan ini harus ditaklimatkan secara detail, apakah ianya dan bagaimanakah bentuknya Kerajaan Perpaduan supaya semua faham dan boleh menerima. Jika sekiranya difikirkan sukar untuk memberi faham kepada umum terutama ahli dan penyokong PAS, lebih baik isu ini, jangan disebut-sebut lagi kerana ianya terlalu sensitif.

Pada masa ini pihak UMNO sedang memainkan isu ini seolah-olah isu Kerajaan Perpaduan ini adalah antara UMNO dengan PAS sahaja. Jangan suruh ahli-ahli dan penyokong tutup telinga dari mendengar propaganda UMNO kerana media UMNO ada merata-rata dan terlalu hampir dengan telinga ahli dan penyokong. Walaupun ahli dan penyokong tidak termakan dengan propaganda mereka tetapi tetap serabut kerana betapa lemahnya pemimpin kita bermain politik seolah-olah kita sedang memberi bola tanggung !

Apa yang penting dari mesyuarat yang berlangsung hari ini seluruh kepimpinan sama ada yang menang mahupun yang kalah jangan lagi sindir menyindir, kias berkias, rapatkan segera pakatan kepimpinan ke arah mencapai matlamat "PAS for All". Ahli-ahli di bawah sedang memerhati tuan-tuan semua !

1 comment:

tok_gajah said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.