Followers

Thursday, June 11, 2009

Jika benar-benar memesongkan aqidah, sokong SIS diharamkan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata gesaan PAS supaya SIS diharam jika didapati oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bercanggah dengan Islam, adalah terlalu keras. Itulah Tun Dr Mahathir yang sangat mudah terasa keras orang apabila diri sendiri sudah tidak boleh hendak berkeras lagi.

Seorang bekas Perdana Menteri gagal memahami ayat usul yang diluluskan oleh Muktamar PAS. Usul perwakilan PAS itu bukan bermakna SIS telah pun menjadi haram. Usul itu memohon Majlis Fatwa membuat kajian jika sekiranya SIS itu melanggar hukum dan aqidah Islam, maka pada waktu itu Majlis Fatwa, fatwakanlah bahawa SIS itu adalah haram. Jika sebaliknya pula terpulanglah kepada Majlis Fatwa.

Bagi Tun Dr Mahathir, gesaan agar SIS diharamkan, yang belumpun menjadi haram, adalah keras. ISA kan orang tanpa bicara dan pisahkan mereka dari anak isteri, tidak keras.!Berlaku pembunuhan dalam Peristiwa Memali, tidak keras!

Tun berpendapat lagi, gesaan mengharamkan SIS itu menggambarkan begitulah nanti kerasnya pemerintahan PAS. Tun sekali lagi cuba memperbodohkan orang awam. PAS sudah perintah Kelantan lebih 15 tahun tiada pun Tuan Guru Nik Aziz mengharamkan itu ini di Kelantan. PAS yang memerintah Kedah tidak pula mengharamkan Tun pergi ke Kedah walaupun Tun dulu kuat menentang pelaksanaan hukum hudud.

Nampaknya walaupun Tun kuat menentang konsep Islam Hadhari, tanpa Tun sedari dia sebenarnya meneruskan konsep Islam Hadhari tersebut.

Nampaknya sayang benar Tun kepada SIS yang memang pun patut diharamkan jika benar-benar memesongkan aqidah umat Islam itu !

No comments: