Followers

Wednesday, June 24, 2009

Dasar tiada masalah menambah masalah

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata keputusan mengenai PPSMI akan diumumkan awal bulan depan selepas analisis pelaksanaan dasar tersebut dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat ini. Ini bermakna dalam lebih kurang dua minggu lagi rakyat akan tahu keputusan yang begitu sukar hendak dibuat oleh kerajaan selama ini.

Sukarnya pihak kerajaan membuat keputusan memansuhkan PPSMI kerana banyak kepentingan pelbagai pihak perlu dijaga. Di samping itu menurut Muhyiddin, kerajaaan juga memikirkan implikasi terhadap kohort murid yang terlibat dalam pelaksanaan dasar itu sejak 2003 hingga sekarang iaiatu kelompok murid yang dapat mengikuti dengan baik(yang sedikit) dan kelompok murid yang sebaliknya ( yang ramai).

Begitulah gaya dan cara pemerintahan UMNO/Barisan Nasional ( UBAN) suka buat dasar pelik-pelik demi kantung sendiri. PPSMI Dasar Tak Ada MasalahMenambah Masalah ! Cukuplah PPSMI !


1 comment:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

kalian kata Umno itu parti suci, penuh dengan tatasusila dan adab-adab melayu, menghormati melayu, memperjuangkan melayu, tetapi bila kalian tengok video yang kami sertakan ini, nescaya tanggapan mulia kalian kepada Umno pasti akan berubah seratus peratus..

sila copy & paste/click url ini:

http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/06/siri-iii-cara-orang-umno-layan-ahli-pas.html

atau terus ke laman blog kami di ( www.pemudakemehe1.blogspot.com ) untuk mengikut pendedahan demi pendedahan.

sungguh hina Umno melayan orang PAS bukan?

dari:
Pemuda PAS Kemahang 1
www.pemudakemehe1.blogspot.com