Followers

Thursday, June 04, 2009

Cerita runtuh: Runtuh sana runtuh sini !

Dalam terlaung-laung slogan "1 Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" tiba-tiba berlaku runtuh sana runtuh sini.

Prestasi diutamakan...bedebum bekas Jaya Supermarket runtuh. Bedebum bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh !

Itulah UMNO. UMNO dengan keruntuhan memang sukar untuk dipisahkan.

Sejak dulu Highland Tower runtuh ! Bukit Antarabangsa runtuh ! Dewan sekolah runtuh ! Bangunan bekas Jaya Supermarket Petaling Jaya runtuh! Bumbung Stadium kebanggaan Idris Jusoh yang masih berusia setahun jagung juga runtuh ! Tok Guru Nik Aziz mengulas itu petanda UMNO bakal runtuh ! Siaplah UMNO, mulut Tok Guru masin !

Nampaknya untuk mengelak keruntuhan di sana sini, kita ramai-ramai perlu runtuhkan UMNO/BN. Jika tidak, selagi itulah kita akan diserang fobia, apakah lagi apakah runtuh selepas ini ?

No comments: