Followers

Wednesday, June 10, 2009

Betapa canggihnya idea seorang Timbalan Perdana Menteri

Pelik ! Macam tak ada isu lain yang lebih besar untuk ummah terutama umat Melayu yang serba mundur ini. PPSMI belum lagi dapat dimansuhkan, idea bukan-bukan pulak terkeluar dari benak fikiran Menteri Pelajaran baru yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Takkanlah Timbalan Perdana Menteri hanya mampu memikirkan, hadkan ambil SPM 10 mata pelajaran sahaja dan jadikan Bahasa Inggeris sebagai wajib lulus dalam SPM ? Apalah...tak ada isu pendidikan lain ke yang lebih besar dan penting ke arah keutuhan ummah ?

Had kan 10 mata pelajaran sahaja untuk diambil dalam SPM, adakah satu isu besar ? Yang ambil sampai 16, 19, 20 atau 21 mata pelajaran dalam SPM itu berapa orang ? Bukannya ramai, hanya bagaikan isi dihujung kuku. Itupun keputusan calon dan keluarga mereka sendiri bukan ada sesiapa yang paksa. Kesanggupan sendiri...biarkan lah, mereka mampu !

Dan peliknya Kementerian tidak fikirkah kesan penghadan 10 ini kepada calon aliran agama ? Fikirlah sikit peluang mereka.

Satu lagi hal, bolehke Menteri Pelajaran terfikir hendak wajibkan Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM. Agaknya Menteri Pelajaran ini bukan orang melayu. Dia agaknya tidak tahu langsung keupayaan anak-anak Melayu di luar bandar. Inilah susahnya kalau Menteri asyik tahu hal bandar sahaja. Tidak terfikirke menteri, akan nanti ramai anak Melayu yang tidak lulus SPM kerana tidak lulus Bahasa Inggeris? Atau untuk membuktikan dasar mewajib lulus BI berjaya, menteri akan arahkan markah lulus menjadi 10/100 atau 05/100 ! Bagus...bagus.... teruskan !

Tan Seri Menteri tak usahlah fikirkan isu-isu yang bukan isu itu. Mengarut ! Selesaikan dulu PPSMI segera....segera !!

1 comment:

Anonymous said...

Tak ruginya kalau pandai Bahasa Inggeris. Anak Melayu mesti sedar penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting dalam zaman ini.Mesti sahut cabaran.Jangan dok leka je! Kalau tak diwajibkan lulus... sampai bila pun anak melayu tak nak belajar sungguh-sungguh..... Yang sedihnya cakap melayupun tak betul... ubahlah pradigma minda tu...jangan jadi katak bawah tempurung...!!!