Followers

Monday, June 29, 2009

Alahai Najib

Sewaktu melawat Kolej Perindu di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata mahasiswa UiTM, yang majoritinya beragama Islam, perlu membentuk diri menjadi Muslim yang baik kerana perwatakan itu secara tidak langsung akan menjadikan mereka warganegara yang baik dan memberi gambaran sebenar mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Kata Datuk Najib lagi, ini adalah satu bentuk dakwah yang boleh dilakukan pelajar selain daripada peranan kerajaan membangunkan syiar Islam seperti melatih dan menggaji guru-guru agama, mendirikan masjid dan surau serta menubuhkan Lembaga Tabung Haji bagi menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Najib turut menasihatkan para mahasiswa supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dan terpedaya dengan dakyah-dakyah pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi menitikberatkan pendidikan dan UiTM merupakan aset terbesar kerajaan dalam bidang ini.

Persoalannya:

1. Apakah harapan Najib untuk melihat mahasiswa UiTM dibentuk menjadi muslim yang baik menjadi kenyataan, jika Naib Canselor UiTM masih Tok Misai itu yang merupakan seorang yang kuat 'menjerit' assabiyyah Melayu ?

2.Apakah jenis Islam jika Najib meletak harapan Naib Canselor UiTM itu sebagai mampu mendidik pelajarnya memberi gambaran sebenar Islam kepada bukan Islam ? Yang diyakini oleh seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk mendidik bagi memberi gambaran sebenar Islam kepada bukan Islam ialah Tok Guru Nik Aziz ! Tok Misai serabut itu mampukah kerana dia bukan Tok Guru tetapi hanya Tok Misai!

3. Najib kata peranan kerajaan membangunkan syiar Islam seperti melatih dan menggaji guru-guru agama, mendirikan masjid dan surau serta menubuhkan Lembaga Tabung Haji bagi menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Persoalannya, apakah Najib mampu dan ikhlas untuk memantapkan penghayatan Islam, jika bagi Najib, Islam yang syumul itu hanya apa yang disebut di atas? Bina masjid, banyak masjid kosong. Menggaji guru agama tetapi pengajarannya terhad. Menubuh Tabung Haji tetapi tambang haji semakin mahal. Itu je Islam Najib ?

4. Apakah harapan Najib akan tercapai untuk melihat pelajar universiti menjadi Islam yang baik, jika Najib menganggap kritikan parti-parti pembangkang yang bernas, munasabah dan berfakta sebagai dakyah yang boleh memperdayakan mereka?

5. Apakah harapan Najib akan tercapai jika menggesa pelajar agar melihat pembangkang yang bertanggungjawab lebih merbahaya dari dadah, pergaulan bebas, Islam glokal/global (Islam yang sama dengan agama-agama lain), sekularisme dan seumpamanya?

6. Yang terakhir apakah benar sejak dari dulu lagi Barisan Nasional menitik beratkan pendidikan sedangkan PPSMI masih belum berjaya dimansuhkan, biasiswa sudah tidak membantu pelajar miskin yang ramai, pelajar-pelajar luar bandar dipaksa menjadi penghutang melalui PTPTN, Bahasa Inggeris hendak diwajibkan dalam SPM dan macam-macam idea mengarut BN lagi. Titik beratkan rakyatkah itu ?

Alahai Najib !

No comments: