Followers

Friday, May 08, 2009

Zambry kata rakyat memberi sokongan padu kepadanya...so bubarkan DUN !

Ketika dalam sidang akhbarnya Dr Zambry menuduh pembangkang (maksudnya ADUN Pakatan Rakyat) 'menyerang' beliau dan rakan-rakan beliau. Dengar dari bunyi dakwaan tersebut, habis lebam biji mata semuanya ADUN BN dan ADUN Bebas yang tiga ekor itu kena 'belasah' oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Patutlah sampai ke hari ini lebam seluruh muka Dr Zambry, rupanya kesan dari 'serangan' ADUN Pakatan Rakyat !

Yang YB Sivakumar kena cekik, kena hela dan kena angkut oleh orang-orang yang tidak dikenali kemudian kena kurang satu jam dalam stor tu apa pulak ? Itu hanya gurauan bagi Dr Zambry ! Saja hendak bergurau dengan Sivakumar!

Zambry kata tindakan ADUN Pakatan Rakyat tidak bertamadun, biadap serta memalukan. Yang kamu pergi langgar semua undang-undang itu apa pulak ? Bertamadun, tak biadap serta tak pun memalukan ?

Bila kamu terkena, tidak bertamadun. Bila kamu mengena, bertamadun ! PIIIIRAH !

Dr Zambry juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat seluruh rakyat Perak kerana memberi sokongan padu kepada kerajaannya. He...he....nak tergelak ! Rakyat Peghak mana yang sokong ni ? Adalah kot seorang dua rakyat Perak yang sedang mengigau dan jalu tu.

Kalau dah seluruh rakyat Perak memberi sokongan padu kenapa takut bubarkan DUN. Bukankah kamu sudah mendapat sokongan padu rakyat Perak?

3 comments:

awangliku said...

yg sokong dia tu penghuni wad hospital bahagia tanjung rambutan je..yang ada otak tak bleh pikir.sama la mcm dia,,semua rakyat perak beri sokongan padu pada bee end.mamat ni gila jenis ape ye?

Anonymous said...

Bukan sje seluruh perak malah seluruh dunia pun sokong budak manis cakap ni .tapi bubar tak boleh.

Anonymous said...

Mana dia ada telur untuk hadap rakyat atau PR di Perak.