Followers

Thursday, May 07, 2009

Warga dunia pasti...pasti mentertawakan apa yang UMNO/BN lakukan dalam DUN Perak sepanjang hari ini.

Stubborn , tidak beretika dan bodoh sombong. Itulah yang boleh dikatakan kepada Geng Zamry di dalam DUN Perak. Jika itulah yang berlaku buangkan sahaja buku undang-undang. Tak payah pakai undang-undang sebagai rujukan. Pakaikan sahaja nasfu gila yang bertahta dihati mereka itu.

Warga dunia yang melihat adegan dalam DUN Perak sepanjang hari ini pasti mentertawakan Geng Zamry dan puak-puak yang bersekutu dengannya kerana merekalah sebenarnya yang melaksanakan undang-undang rimba dan mereka kelihatan begitu tidak bertamadun. Orang yang tidak bertamadun memang muka tidak tahu malu.

Semuanya kelihatan "bertuhankan" UMNO yang seolah-olah tidak akan runtuh menyembah bumi. Apa yang UMNO lakukan dan arah untuk dilakukan semuanya itu adalah betul. UMNO arah putar belitkan pengertian dan tafsiran undang-undang juga adalah betul. Kuasa rakyat telah dicerobohi dan undang-undang ditafsir sesuka hati.

Keputusan Mahkamah yang akan menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sebenarnya seolah-olah telahpun diketahui. Bolehkah diharap kepada keputusan itu ? Semuanya kian punah ?

Kerana apa yang berlaku di DUN Perak ini, pelabur asing memang pasti tidak akan masuk ke negara ini kerana memang sukar untuk diyakini mereka, untuk mendapat keadilan jika berada di negara ini. Tak payahlah suruh pelabur masuk kerana hanya pelabur bodoh sahaja yang akan berbuat demikian.

Malaysia khususnya Perak nampaknya akan terus merana. 1 Malaysia gelap, UMNO/BN dipuja, kuasa rakyat ditendang terajang ! Sedih !

1 comment:

Anonymous said...

memang lawak. speaker boleh diangkat keluar oleh polis. tadi Sam keris kata polis tak berkuasa dalam dewan tetapi mengapa ada polis yang boleh masuk melaksanakan tugas dalam dewan. kan lawak tu namanya. cakap berbeli-belit macam biawak.