Followers

Sunday, May 24, 2009

Selepas Manik Urai, agaknya PRK kat mana pulak ?

Barisan Nasional sudah semakin tenat. Pelbagai krisis dalaman telah melanda parti-parti dalam ganbungan BN tersebut. Di samping mereka bertelagah sesama parti mereka juga berantakan sesama ahli dalam setiap parti.

PPP Karveas pecat Murugiah. PPP Murugiah pecat Karveas. PPP sudah ada dua Presiden ! Musim dua kepala nampaknya berlanjutan. Perak dua MB, satu halal satu haram! Dun Perak dua Speaker. Satu halal satu haram. PPP pun nak dua juga....dua Presiden ! Yang masing-masing akan dakwa aku halal engkau haram. Hentamlah labu ! Choi Soi Lek dengan Tee Kiat pun nampaknya masih belum selesai bersilat dan Samy Velu terus 'kelu' dan buntu. UMNO tak usah cakaplah...depan pemimpin semua angguk belakang pemimpin semua kerja mahu melingkupkan klik-klik lawan.

Itulah BN.

Dan hari ini Perdana Menteri telah memberi peringatan yang membimbangkan jiwa raganya agar tiada pihak menggunakan konsep Satu Malaysia untuk membuat tuntutan yang melampau. PM sendiri sudah kelam kabut dengan Satu Malaysianya. Persoalan apakah perpaduan antara berbilang kaum akan semakin kukuh melalui cara BN yang penuh dengan perjuangan perkauman sejak lebih 50 tahun mereka ?

Nampaknya BN dan parti-parti yang mendokongnya terutama UMNO semakin tenat. Belum selesai PRK Penanti, datang pula PRK Manik Urai. Rasanya selepas PRK Manik Urai akan ada lagi agaknya PRK demi PRK sehingga Pilihanraya ke 13. Setakat ini Datuk Najib masih lega kerana kebanyakan PRK kecuali Kuala Trengganu berlaku di kawasan Pakatan Rakyat. Bagaimana pula jika sekiranya selepas Manik Urai, tsunami PRK akan melanda kawasan-kawasan BN pula. Fuu...sesak nafas !

Nampaknya 'sesak nafas' Datuk Seri Najib tidak akan mudah sembuh kerana fobia dengan pilihanraya tetapi PRK tetap mendatang.

1 comment:

P'su said...

memang telah dpt dibayangkan bn akan jatuh.. kerana sejarah telah membuktikan tidak ada satu kerajaan pun akan tahan sentiasa berkuasa, cuma lama @ sekejap saja yg pasti ia tetap akan runtuh waima kerajaan islam sendiripun..