Followers

Saturday, May 09, 2009

PM begitu fobia dengan PRK-Malaysiakini

Datuk Seri Najib Perdana Menteri baru kita, benar-benar fobia dengan pilihanraya. Seboleh-bolehnya pilihanraya akan cuba dielak kerana beliau tahu kesan dari keputusan pilihanraya-pilihanraya tersebut akan memberi imej yang buruk kepada beliau selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO Baru juga kepada UMNO/BN itu sendiri. Sudah pasti alasan popular ialah untuk menghadapi tekanan ekonomi global dan untuk berbakti kepada rakyat!

Itulah sikap anih para pemimpin BN terutama Najib sejak akhir-akhir ini. Tidak suka pilihanraya ! Pada hal semua pilihanraya tersebut kecuali Kuala Trengganu adalah kawasan pembangkang, itulah masanya untuk merampas kawasan pembangkang tersebut. Tak berani juga !

Fairus ADUN Penanti dulu dituduh macam-macam hingga Fairus bersedia meletak jawatan untuk membersihkan namanya, SPRM serta merta memaklumkan tidak cukup bukti untuk menuduh Fairus. Namun Fairus tetap meletak jawatan dan Najib terpaksa juga menghadapi pilihanraya kecil Penanti. Tidak pernah ada PRK yang paling sukar untuk UMNO meletakkan calonnya melainkan di Penanti nanti. Sehingga kini masih belum ada keputusan untuk bertanding atau tidak dan calon pun tidak tahu hujung pangkal.

Kes Elizeberth Wong juga merenyahkan Datuk Seri Najib. Isunya sedap untuk dimainkan tetapi Eli telah bersedia untuk meletak jawatan, akhirnya UMNO tidak sanggup untuk memainkan isu tersebut. Datuk Najib lega kerana Eli tidak jadi letak jawatan.

Tiba pulak giliran YB Manoharan. YB ini merintih kecewa kerana masih ditahan ISA membuatkan dia tidak mampu memberi perkhidmatan yang terbaik buat rakyat di DUNnya. YB Manoharan sedang berkira-kira mahu meletakkan jawatan. Tiba-tiba sepupu Najib mengumumkan 13 tahanan ISA termasuk mungkin Manohana dibebaskan.

Benarlah pilihanraya kecil benar-benar menghantui Perdana Menteri baru kita. Kenapa ? Entahlah ? Dan apakah selepas isu Eli dan Manoharan akan tiada lagi PRK ? Macam mana dengan DUN Trengganu? Nampaknya Ahmad Said MB Trengganu dah mula pergi beli kambing dengan Dr Harun Taib! Sama-samalah kita tunggu !

No comments: