Followers

Tuesday, May 26, 2009

Pergi periksa mental, kata Karveas

Dalam menjawab kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, Dr Zambry menyatakan konon hendak memperbetulkan kenyataan Tok Guru. Kata Zambry, sebenarnya Nizar lah MB Mahkamah.

Hah....nasib baik tidak ada pemimpin Pakatan yang secelupar Karveas terhadap Murugiah, kalau tidak sudah pasti pemimpin itu akan meminta Zambry pergi periksa mental sebagaimana Karveas suruh Murugiah periksa mental kerana tiba-tiba sahaja menjadi Presiden PPP.

Realitinya; sebaik menang dalam pilihanraya ke 12 di Perak, Nizar dilantik menjadi MB Perak bagi memimpin kerajaan majoriti Pakatan Rakyat. Setelah lebih kurang 10 bulan memerintah dengan tiba-tiba hilang dua orang ADUN Pakatan Rakyat yang kemudian katanya pergi berjumpa bomoh besar di Pekan Pahang (berubat sakit !) termasuk Nasa Bota yang baru masuk Keadilan juga tidak dapat dikesan.


Tak semena-mena muncul puak-puak ini dalam sidang akhbar bersama Najib, sihat dan segar bugar. Bermula dari situlah terlantiknya Zambry oleh Paduka Sultan untuk menjadikan Perak mempunyai 2 orang MB sampailah ke tarikh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan bahawa sesungguhnya Ir Nizar adalah MB yang sah bagi Perak mengikut undang-undang.


Datang pulak Mahkamah Rayuan dengan keputusan yang dipertikai banyak orang termasuk pakar undang-undang dalam dan luar negara, mengatakan pula Zambry Kadir adalah sah sebagai MB Perak. Maka Nizar pun pulangkan Camry kepada Zambry seperti mana prinsip yang dipegang, dan kata yang dijanjikan sebelum ini.


Nizar terlantik setelah menang pilihanraya ke 12. Dan disahkan lagi Nizar sebagai MB Perak apabila rakyat Bukit Gantang yang mewakili seluruh rakyat Perak memenangkan Nizar sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang.


Zambry yang berada di pihak yang minoriti memang tak layak jadi Menteri Besar. Perletakan jawatan tiga ADUN yang diselamatkan oleh 'parti komponen' UMNO/BN iaitu SPR tidak pernah memberi majoriti kepada Zambry dari segi undang-undang hingga ke hari ini. Dan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Nizar sebagai MB sah bagi Perak telah mengesahkan Nizar tidak pernah terhenti sebagai MB sah Perak


Alih-alih Mahkamah Rayuan memberi jawatan MB Perak kepada Zambry dan dengan tidak malunya Zambry kata Nizar MB Mahkamah!


Nasib baik Nizar tidak seperti Karveas kalau tidak disuruhnya pergi periksa mental sepertimana Karveas suruh Murugiah! Zambry....Zambry !!

No comments: