Followers

Sunday, May 24, 2009

Kuasa rakyat disepak ke longkang !

Sekali lagi zaman kegelapan berlaku dalam mempertahankan keluhuran perlembagaan. Keputusan mahkamah rayuan melahirkan pertikaian yang pelbagai dalam persoalan menegakkan keadilan melalui sistem mahkamah. Apakah benar dengan keputusan tersebut kemelut di Perak telah boleh dianggap selesai ?

Apakah keputusan tersebut tidak mampu membangkitkan rasa kecewa rakyat terhadap sistem kehakiman dan Menteri Besar yang terlantik oleh mahkamah. Kelihatannya begitu mudah untuk melantik Menteri Besar, pedulikan kuasa rakyat asalkan mampu berpaut kepada pagar Istana maka mahkamah akan membuat keputusan untuk menghalalkan segala.

Apakah kuasa rakyat melalui sistem demokrasi yang sering dibangga-banggakan oleh pemimpin UMNO/BN telah disepak oleh UMNO/BN ke dalam longkang kegelojohan para pemimpin mereka?

Seharusnya setiap keputusan undang-undang bukan sahaja perlu dirasai adil oleh kedua-dua pihak malah yang lebih awal lagi perlu kelihatan adil dan berintegriti. Apakah dalam kes Nizar- Zambry ini, ianya kelihatan begitu ?

Harapan tinggi diberikan kepada Mahkamah Persekutuan dalam rayuan Nizar tetapi adakah ianya mampu menghasilkan keputusan yang berintegriti ? Saya rasa jauh panggang dari api !

No comments: