Followers

Sunday, May 31, 2009

Kisah 'raja' yang sering meracau, dulu kini dan selamanya.

Siapa yang terkesan kerana dia meracau ? Meracaulah dia bagaimanapun, tiada orang terkesan pun. Walaupun dia raja. Dia sebenarnya hanya menunggu masa, bukan untuk sembuh meracaunya tetapi untuk terus dihumban ke lembah kehinaan politik yang dia cari sendiri.

Elok dulu, Tok Guru seorang insan yang berjiwa besar yang sentiasa bersangka baik, mahu memimpin dia masuk ke rumah tetapi dia dengan penuh besar ragamnya, hanya hendak duduk di tangga sahaja. Rupa-rupanya, muslihat hendak duduk di tangga rumah kian menyerlah. Dia mahu duduk di tangga agar senang dia meracau untuk terus menjadi raja.

Raja katak itulah gelaran. Sebaik Pakatan Rakyat Perak membuat keputusan untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan, raja katak terus memberi 'remark'-nya; Pakatan Rakyat hipokrit !.

Amboi....mahir sangat dia menentukan hipokrit atau tidak orang lain. Inilah orang yang perasan yang tidak perasan, bahawa dialah raja segala yang hipokrit. Dia pernah berkata di Johor, selama 18 tahun menjadi ahli majlis tertinggi UMNO, dia tidak tahu dan tidak sedar bahawa banyak tanah-tanah di Johor di jual kepada rakyat Singapura. Inilah hipokrit yang paling besar ! Raja hipokrit.

Sekarang ini, orang sedang sibuk membuat persiapan PRK Manik Urai, dia mula sibuk berbunyi bagaikan katak panggil hujan. Dia berbunyi macam katak peliharaan UMNO. Dia kata Kelantan di bawah pimpinan orang yang pernah pimpin dia untuk dia menang di Pasir Mas, tiada pembangunan.

Manusia apakah dia ini ?

Inilah jenis mainan politik manusia yang pernah UMNO lahirkan ! Politik hipokrit. Memang tidak berkat politik meracau raja katak ini. Kata Fatah Harun, persilakanlah UMNO turunkan sepenuhnya raja katak ini untuk berkempen di Manik Urai.... agaknya akan lebih memudahkan kempen PAS di Manik Urai .

Dulu masa dia disepak dari UMNO Pak Lah, tak ada apa yang dia tak kutuk Tok Pa Jeli. Macam-macam dia kata. Hari ini dia perasan, Tok Pa dah lupa segalanya tu ! Yakah lupa? Nasib tak baik, Tok Pa dikekahnya nanti. Tok Guru mahu dikekahnya inikan pula Tok Pa Jeli !

Demikian al kisah ' seekor' raja yang sering meracau...dulu kini dan selamanya ! Kita tengok siapa yang kena....siapa yang kena !!

No comments: