Followers

Sunday, May 31, 2009

Ketua Penerangan UMNO terhebat !

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, sekarang ini kelihatan begitu sibuk sekali. Ke sana ke mari dan ke serata ceruk mengembara untuk memberi penerangan tentang nasib masa depan UMNO dalam mengharungi isu-isu semasa yang berbangkit bertubi-tubi menggasakkan UMNO.

Kenyataan Ahmad Maslan bahawa krisis politik di Perak tidak akan menjejas peluang UMNO di Manik Urai pasti akan mengembirakan Datuk Seri Najib. Maka banggalah Datuk Seri Najib kerana mendapat Ketua Penerangan yang lebih hebat dari Mike Tyson yang sudah hilang ghaib entah kemana sekarang. Rakyat Manik Urai juga akan kagum dan mungkin kaget dengan Ketua Penerangan baru UMNO ini ! Mungkin majlis-majlis penerangan UMNO yang disampaikan oleh Ahmad Maslan akan dihadiri oleh berduyun pengundi !

Kelmarin nampaknya sekali lagi Ketua Penerangan UMNO yang hebat ini, membuat kenyataan bahawa rakyat Selangor telah melakukan kesilapan dengan memilih pembangkang kepada UMNO/BN (Pakatan Rakyat) dalam pilihanraya yang lalu. Justru itu beliau akan menggerakkan jentera penerangan UMNO Selangor untuk menerangkan betapa silapnya rakyat Selangor.

Maka dengan usaha Ahmad Maslan ini agaknya, tidak akan ada seorang pun rakyat Selangor yang akan tergelak dengan kenyataan Ahmad Maslan tersebut sebaliknya bersedihlah mereka semuanya kerana menyesal...menyesal dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang antaranya memberi air percuma kepada rakyat, melatih kemahiran kepada belia-belia Selangor, menyediakan bantuan khairat kepada golongan warga emas dan ibu tunggal, memakmurkan masjid-masjid dan surau, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang setiap saat turun padang membantu dan memimpin rakyat di seluruh negeri dan sebagainya lagi. Memang rasa tersilap sungguh seluruh rakyat Selangor kerana itu semua.

Berikut kenyataan terhebat Ahmad Maslan terhadap rakyat Selangor:

Dalam pada itu, Ahmad berkata, jentera Penerangan Umno di Selangor perlu digerakkan ke tahap yang maksimum dalam usaha untuk merampas kembali negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.

"Kita akan terus masuk gear lima terus kalau ada gear enam kita masuk gear enam. Jentera Penerangan perlu digerakkan ke semua peringkat termasuk di semua cawangan bagi menjelaskan segala isu, dasar parti dan kerajaan BN, supaya rakyat memahami bahawa mereka sudah melakukan kesilapan dengan memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Ahmad dengan pasukannya akan terangkan kepada rakyat Selangor silap memberi air percuma kepada rakyat Selangor. Silap memberi bantuan khairat kepada rakyat. Silap menyokong usaha kerajaan Pakatan Rakyat makmurkan masjid. Silap memberi latihan kemahiran dan biasiswa kepada golongan yang memerlukan di kalangan anak-anak Selangor. Silap mendedahkan penyelewengan PKNS di zaman pemerintahan Khir Toyo. Dan silap menyalahkan Khir Toyo kerana tak tahu apa yang berlaku dalam kes PKFZ.

Entahlah.... pemimpin-pemimpin UMNO ini, baik yang dah lama mahupun yang baru naik, semuanya pelik, memang pelik. Semoga dalam keghairahannya bertugas Ahmad Maslan tidak akan senasib dengan orang yang digantinya itu!

2 comments:

Anonymous said...

Ahmad Maslan, who? orang ramai pun tak kenal mamat ni siapa... jadi dia berkokok lah sendiri macam orang hilang akal dan tak membaca.
Pinjam Kaveas PPP cakap "he needs to be send to mental hospital"

speakforperak said...

sila layari blog speaker perak V.sivakumar

'Suara Perak'

speakforperak.blogspot.com

terima kasih