Followers

Tuesday, April 07, 2009

Teruknya pilihanraya di Malaysia buat Pakatan Rakyat

Sumber berita dari Malaysiakini


Senario 1 mengikut rentetan masa:


Video saat terkena pemedih mata Apr 7, 09 8:15am

4.15pm Mafrel melaporkan berlaku kekecohan di SJK Chung Hua di Sungai Lalang, kira-kira setengah jam lalu apabila Karpal Singh dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak yang melewati sekolah tersebut dibaling dengan botol air oleh oleh ahli-ahli MIC. Orang ramai yang lalu di situ juga terkena botol yang dibaling itu.

3.40pm SPR mengumumkan, jumlah keluar mengundi di DUN Bukit Selambau meningkat kepada 61 peratus setakat jam 3 petang.

Jumlah ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang penutupan pusat-pusat pengundian pada jam 5 petang nanti.

3.25pm Penulis blog Anil Netto memuatkan klip video yang menunjukkan kumpulan penyokong PAS mengalami keperitan sewaktu terkena gas pemedih mata yang dilepaskan di luar pusat mengundi SMK Pengkalan Aur di Bukit Gantang pagi tadi.

3.20pm Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis terhadap seorang ketua tempat mengundi di SM Sains Sultan Muhammad Jiwa yang didakwa enggan menandatangani borang bantahan ejen tempat mengundi calon PKR di DUN Bukit Selambau.

Laporan polis itu akan dibuat oleh ketua AMK Batu, Rozan Azen.

3.05pm Dua penyokong BN ditegur oleh anggota polis apabila mereka menunjukkan isyarat lucah terhadap penyokong PAS di luar SK Panglima Bukit Gantang di parlimen Bukit Gantang.

3.00pm Sehingga jam 2 petang ini, seramai 55 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

2.40pm Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 58.11 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

2.00pm Sebahagian besar pusat mengundi di Batang Ai telah ditutup, dan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi.

Contohnya, di tiga daerah yang ramai pengundi - Sebangki, Mepi dan Batu Kaya - mereka keluar mengundi sejak awal pagi tadi dan dua jam sebelum pusat itu ditutup, jumlahnya mencecah lebih 70 peratus.

Ia dipercayai berkaitan dengan minat pengundi terhadap beberapa faktor termasuk pentingnya pilihanraya kecil DUN Batang Ai kepada PKR dan BN di Sarawak serta banyak isu-isu tempatan termasuk isu tanah adat.

Pemimpin PKR dan BN masing-masing menyuarakan keyakinan akan menang.

1.50pm Laman web Mafrel mendakwa pemerhatinya, di sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula membuang undi beberapa kali ke pusat tersebut di Para Petani, Bukit Gantang.

Senario 2:

Kecoh gara-gara 'pengundi hantu' Apr 7, 09 3:24pm Kekecohan tercetus apabila penyokong PAS menghalang penumpang turun dari sebuah bas yang berhenti di SK Panglima Bukit Gantang kerana mengesyaki mereka pengundi hantu.

Menurut saksi, bas dengan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu tiba kira-kira jam 1.15 tengahari tadi, penuh dengan penumpang wanita.

Bas tersebut berhenti di depan sekolah tersebut - yang dijadikan pusat pembuangan undi bagi pilihanraya Bukit Gantang - dan ketika penumpang turun, mereka dihalang oleh kumpulan penyokong pembangkang itu.

Saksi itu berkata, apabila penumpang bas ditanya sama ada hendak pergi mengundi, mereka berkata "tidak tahu".

Susulan itu, kata saksi lagi, berlaku kekecohan antara penyokong PAS dan BN. Bas tersebut kemudian beredar dari situ tetapi beberapa penyokong PAS kelihatan mengekorinya.

Sewaktu kekecohan itu berlaku, seorang penyokong BN kelihatan membaling botol air ke arah penyokong PAS.

Empat trak anggota polis pencegah rusuhan FRU tiba pada kira-kira jam 1.30 tengahari dan bas tersebut dipandu masuk ke kawasan bilik gerakan Umno.


Senario 3:


Petugas PKR DUN Bukit Selambau menahan dan membawa sebuah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gurun kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Naib ketua AMK, Feriz Musa berkata, petugas PKR mengesan kehadiran bas tersebut tetapi tidak tahu ke mana ia pergi.

Bagaiamanpun, katanya, bas itu dikesan semula di Kampung Bukit Lembu pagi tadi.

Katanya, selepas diperiksa petugas mendapati penumpang bukan orang tempatan.

"Berikutan itu kita mengsyaki mereka adalah pengundi hantu dan membuat keputusan menghantarnya ke IPD Gurun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Feriz berkata, beliau dimaklumkan bas berkenaan telah mula dikesan masuk ke Bukit Selambau tengah malam tadi.

Katanya, pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi mengesan kemungkinan ada bas lain yang membawa pengundi hantu ke Bukit Selambau.

Polis tahan dua lelaki

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, dua lelaki berusia 37 dan 54 tahun ditahan polis di Kampung Bukit Lembu pada jam 9.40 pagi tadi kerana menahan bas dinaiki 32 petugas BN.

Petugas-petugas berkenaan - semuanya lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun - dalam perjalanan ke tempat bertugas di sekitar DUN Bukit Selambau dari rumah sewa mereka di Bukit Lembu.

Pegawai Perhubungan Media Polis Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Supt Hamzan Darus, berkata kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki Toyota Avanza memintas bas berkenaan.

Menurut laman web akhbar itu, mereka kemudian menaiki bas berkenaan dan menghalang pemandu daripada meneruskan perjalanan.

"Ketua rombongan petugas BN itu sempat menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan dan anggota yang dikejarkan ke sana menahan lelaki terbabit.

"Mereka kini ditahan di balai polis Gurun untuk disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan," katanya pada sidang media di Gurun.

1 comment:

Anonymous said...

kalau nak adil... cerita yg pembangkang buat kat BN kena cerita gak. baru semua org tau. tapi apa yg penting jgn pandai cakap je sbb dua2 puak tu sama je. tak payah la nak gaduh2. buang masa je. kaum lain tgk kita berpuak2 semua tepuk tgn.