Followers

Wednesday, April 01, 2009

Tahniah Datuk Shahril

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Shahril Samad. Bagi saya Datuk Shahril hanya satu-satu pemimpin tertinggi UMNO yang ada selepas era Tun Hussein Onn yang berprinsip. Yang lain kalau kita hendak bincangkan soal prinsip mereka, semuanya hampas, termasuklah Presiden baru UMNO Baru.

Soal saya bersetuju atau tidak dengan kerja buat Datuk Shahril sebagai Menteri UMNO tidak timbul. Soal yang saya hendak bangkitkan hanyalah Datuk Shahril satu-satunya spesies pemimpin UMNO yang ada prinsip. Sejarah dia menentang Mahathir dulupun memperlihatkan dia memang seorang pemimpin UMNO yang berprinsip. Hari ini dia sekali lagi menunjukkan dia memang ada prinsip. Dia telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai menteri kerana kalah dalam pertandingan MT UMNO. Pendek kata kalau Datuk Shahril bercakap soal prinsip perjuangan dan pegangan politik UMNOnya bolehlah kita pakai juga. Dia lebih sanggup menjaga kedai dobi semula dari menggadai prinsip UMNOnya.

Saya pernah terfikir empat lima bulan dahulu sebelum pertandingan UMNO dan apabila ada ura-ura dan kehendak mahu mencalonkan Datuk Shahril sebagai Timbalan Presiden UMNO saya agak susah hati. Saya agak susah hati kerana Datuk Shahril kelihatannya ada prinsip. Tetapi apabila pencalonan kepada beliau tidak menjadi saya kembali rasa gembira. Dan apabila Mahyuddin menjadi Timbalan Presiden UMNO lagilah saya suka hati kerana percayalah UMNO tidak akan berubah apa-apa pun. Seperti kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Harun Din, UMNO selepas pertandingan baru-baru ini hanya berubah dari teruk sedikit kepada semakin teruk.

Walaupun saya bukan orang UMNO dan tak 'hingin' pun hendak menjadi ahli UMNO, bagi saya UMNO akan mampu kembali kepada perjuangan asal bangsa Melayunya dan lebih berintegriti apabila Tengku Razaleigh dan Datuk Shahril menjadi pemimpin tertinggi UMNO. Yang lain-lain memang tidak boleh hanya mampu beretorik sepanjang masa termasuklah Syed Hamid Albar.

Tapi itulah UMNO dan perwakilan UMNO, mereka tidak akan pilih pemimpin-pemimpin mereka yang berintegriti dan berprinsip. Bagi mereka memilih pemimpin-pemimpin begini dalam UMNO tidak pulang modal bagi mereka !

No comments: