Followers

Sunday, April 19, 2009

Semoga SPR tidak membuat kerja karut lagi !

Pemikiran PM baru kita semakin berserabut. Tiba-tiba sahaja apabila DUN Penanti di kosongkan, PM baru kita menjadi resah lantas memberi isyarat kepada UMNO/BN agar berkira-kira untuk tidak meletakkan calon.

Tiba-tiba Perdana Menteri berkata:

".........dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya. (Menculik 3 ADUN Perak dulu bukan mainan politik! Merampas kerajaan Perak dari pintu belakang bukan mainan politik! Tidak mahu membubar DUN Perka setelah rakyat memberi isyarat agar DUN Perak dibubarkan, bukan mainan politik !)

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya. (Merampas kerajaan Perak secara menculik DUN Perak adalah sebab peruntukan Perlembagaan Negara !)

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

Najib menekankan bahawa pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Begitulah antara kata-kata Perdana Menteri. Kata-kata tersebut walau bagaimana bunyinya sangat mudah untuk difahami. Datuk Seri Najib takut kalah lagi dan kemungkinan besar memang akan kalah. Datuk Seri Najib mula terasa stress sebagai Perdana Menteri untuk menghadapi satu lagi kekalahan dalam PRK.

Biasanya UMNO/BN lah orang yang sangat 'galak' jika sekiranya ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang meninggal dunia atau letak jawatan sebagai YB. Peluang untuk mereka merampas dan menambah kerusi, tetapi kali ini UMNO/BN menjadi alim dengan PRK. Mereka telah hilang ghairah dengan PRK kerana trend pemilihan rakyat hari ini ialah mengecewakan UMNO/ BN. Dicabar agar DUN Perak dibubar, mati balik hidup UMNO/BN itu tidak akan bubar kerana pasti kerajaan haram UMNO/BN akan pendek umur.

Tiba-tiba sahaja Datuk Najib kata PRK membazir. Soal membazir ini sebenarnya bagi UMNO/BN, bukan bagi Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat tidak mengumpan projek mee segera dan tidak pernah membayar pengundi untuk mengundi mereka, tidak membawa langsung bas-bas persiaran yang membawa begitu ramai "petugas parti" sewaktu hari pilihanraya ! Mereka yang melakukan semua kerja-kerja tersebutlah yang rasa membazir apatah lagi jika mereka itu puak yang kalah.Siapa yang selalu buat begitu ?

Punya gelojoh dan tertekannya UMNO pada hari ini, tidak kira lagi majlis parti atau majlis rasmi kerajaan, kempen UMNO tetap disebut secara terang-terangan, menyeru rakyat sokong UMNO/BN. Apakah dengan apa yang berlaku pada hari ini rakyat menjadi semakin bodoh ? Rasanya tidak...rakyat tidak bodoh lagi !

Kes Penanti, bagus juga sekiranya UMNO/BN tidak bertanding kerana ini akan memberi laluan yang lebih mudah kepada Pakatan Rakyat. Tetapi percayakah kita UMNO/BN tidak akan bertanding melalui proxy-proxynya. ? Senario Bukit Selambau pasti akan berlaku ! Saya tetap menjangkakan bahawa UMNO akan bertanding kerana Tun Mahathir sudah berbunyi tidak bersetuju UMNO/BN tidak bertanding. Bukankah Tun Mahathir mentor PM kita ?

Jika UMNO tidak bertanding, agaknya inilah kes pertama parti pemerintah awal-awal menyerah kalah sebelum masuk gelanggang dalam keadaan ‘bala tenteranya’ katanya cukup canggih dan melata. Namun apa yang dirisaukan SPR tidak akan mengadakan PRK Penanti kerana bersetuju dengan pendapat (arahan) Perdana Menteri. Zaman pemerintahan PM baru ini tiada apa yang mustahil ...Speaker DUN Perak boleh menjadi hilang kuasa setelah diputuskan oleh Mahkamah begitu ! Karut !

No comments: