Followers

Monday, April 27, 2009

PRK DUN Penanti menanti 31 Mei ini.

Nampaknya siri Pilihanraya Kecil akan terus berlaku di negara kita. Pilihanraya Kecil yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini ialah PRK DUN Penanti. Menariknya PRK DUN Penanti ialah buat pertama kalinya seorang Perdana Menteri tawar hati untuk meletakkan calon partinya bertanding di DUN tersebut sehinggalah disergah oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.

Kini PM baru menjadi serba salah; tidak mahu meletak calon mentornya Tun Mahathir telah menegurnya agar meletakkan calon. Jika meletak calon pula beliau yakin partinya akan kalah teruk.Antara mahu mendengar arahan Mahathir dengan mahu membuat keputusan sendiri sebagai Perdana Menteri atau Pengerusi BN, ianya menjadi terlalu berat dan payah bagi beliau.

Jelas kini Tun Mahathir menjadi beban kepada Najib dalam setiap tindakan yang dilakukannya. UMNO kian tersepit dan terdesak dalam menentukan hidup mati perjuangannya yang kian tidak relevan pada mata rakyat terbanyak.

Berita dari mStar:

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti - pilihan raya kecil keenam sejak Mac 2008, akan diadakan 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding ketika hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama lapan hari.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini hari ini.

Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulau Pinang.

Dengan keputusan itu, ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan menetapkan jumlah penyokong yang boleh dibawa setiap parti yang bertanding pada hari penamaan calon selepas pihaknya melawat pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.


MAKLUMAT SEPINTAS LALU:

Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam

Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran

Jumlah petugas: 242 orang

Jumlah pemilih berdaftar: 15,384 orang (15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos)

Pecahan pengundi mengikut kaum: Melayu (72.68%), Cina (24.22%), India (2.39%) dan lain-lain (0.71%)


"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.

"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya.

Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

No comments: