Followers

Thursday, April 09, 2009

PPSMI tidak akan dimansuhkan ?


Kabinet baru di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib telahpun diumumkan. Tiada apa yang memeranjatkan kecuali persoalan keterciciran Khairy Jamaluddin. Orang yang Khairy tewaskan dan ditewaskan pula oleh Khir Toyo akhirnya dilantik (mungkin secara ajaib) sebagai Timbalan Menteri MITI. Perlantikan Razali Ibrahim adalah biasa.

Begitulah UMNO/BN. Kabinet yang kelihatan semput ini terpaksa dilakukan atas cadangan dan pandangan yang pernah diberikan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat. Kecilkan kabinet agar tiada ruang untuk budak Ketua Tingkat 4 itu menjadi menteri.

Namun bagi Khairy dia tidak kecewa kerana katanya Perdana Menteri memberi tugas menarik golongan muda untuk menyertai UMNO. Apakah agaknya yang akan Khairy lakukan untuk menarik golongan muda menyertai UMNO nanti. Apakah Khairy join mat rempit sekali lagi ?

Kepada pejuang-pejuang bahasa, mereka mungkin akan bernasib malang untuk melihat Bahasa Melayu perkasa sebagai bahasa ilmu. Apakah Mahyuddin yang begitu kamcing dengan Mahathir sejak dua menjak ini akan memansuhkan PPSMI ? Apakah Mahyuddin tidak kecut dengan jerkahan Mahathir ?

Nampaknya Pak Samad dan Datuk Hassan Ahmad akan terus nanti bermandi air pancutan kimia FRU demi untuk memperjuangkan bahasa sendiri. Kabinet ini begitu rapat dengan Mahathir. Batuk Mahathir akan membatalkan hasrat pemansuhan PPSMI.

Kita tengok nanti apakah GMP akan terus berjuang secara tegar dan konsisten atau kecut dengan gertakan kabinet baru. Untuk mengharapkan kepada Fuad Zarkashi rasanya mustahil kerana biasanya setiap yang menyertai kabinet UMNO/BN akan cepat berubah sikap dan sifat! Tak percaya, tengok !

No comments: