Followers

Saturday, April 04, 2009

Itu bukan petanda keterbukaan....

Perdana Menteri baru telah memulakan langkah apa yang dikatakannya sebagai perubahan yang berpaksikan rakyat. Membebaskan sebilangan tahanan ISA, membantalkan penggantungan dua buah akhbar pembangkang.

Semua rakyat menyambut baik tindakan tersebut tetapi semua rakyat tidak percaya bahawa itu satu polisi Perdana Menteri baru. Rata-rata di kedai-kedai kopi dan gerai-gerai di serata ceruk tanah air, rakyat membuat analisa tersendiri bahawa itu bukan satu polisi tapi itu satu kempen pilihanraya kecil.

Ada segelintir yang masih sentimental dengan UMNO, cuba meyakinkan bahawa itu satu polisi baru. Namun semakin kuat usaha itu dilakukan, semakin kuat rakyat ramai yang menjueh mulut bahawa itu sebenarnya perangkap yang sangat mengancam demokrasi di negara ini.

Ada yang berkata jika Perdana Menteru baru mengumumkan polisi politik barunya, dia bukan sahaja melakukan dua perkara tersebut tetapi seharusnya mengambil tindakan berani dengan menghapuskan ISA itu sendiri, di samping membenarkan Harakah dan Suara Keadilan menjadi akhbar harian untuk bersaing dengan Berita Harian, NST dan Utusan Malaysia dan lain-lain. Ini tidak pun berlaku dan jangan harap akan berlaku !

Seterusnya, analisis kedai kopi menyatakan, jika sekiranya itu merupakan petanda sikap terbuka Perdana Menteri baru dari UMNO Baru, Perdana Menteri baru harus mengarahkan KDN untuk tidak menghalang isu Perak dan isu Althantuya disebarkan kepada rakyat dalam kempen-kempen di ketiga-tiga PRK tersebut. Tetapi itu semua tidak berlaku.

Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri baru bukanlah perkara baru yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Walaupun kita menghargai tindakan yang dilakukan tetapi sesungguhnya ia bukanlah satu polisi baru atau satu reformasi. Ia cuma tindakan untuk membaiki imej diri.

Isunya apakah tindakan itu berkesan ? Pakar analisa politik kedai kopi menyatakan, rakyat tidak mungkin tertipu berkali-kali !!

No comments: