Followers

Friday, April 10, 2009

Islam Hadhari ganti Islam Glokal ?

Sebaik sahaja Pak Lah dilantik menjadi PM, Pak Lah serta merta digelar Mr Clean. Sebagai Mr Clean, Pak Lah bersama dengan Menteri Agamanya pada waktu itu Abdullah Md Zin mengistiharkan Islam Hadhari sebagai pegangan kepimpinannya. Islam Hadhari dengan 10 rukun (prinsip) itu dicipta untuk menolak Islam Badawi (mundur) yang diamalkan oleh golongan yang bukan UMNO kononnya. Untuk menjana kejayaan kepada Malaysia, Islam Hadhari mesti diamalkan. Itulah antara seruan yang sering dilaungkan.

Malangnya Islam Hadhari ditolak secara terang-terangan oleh sebahagian besar umat Islam di negara ini kecuali oleh puak-puak SIS. Kini Pak Lah sudah pergi dan bertambah sayup perginya dengan tiadanya menantu kesayangan di dalam kabinet. Persoalan sekarang di bawah kepimpinan baru ini apakah yang akan terjadi kepada Islam Hadhari ?

Rasanya terlalu mudah untuk dijangka Islam Hadhari akan juga hanyut pergi bersama Pak Lah. Najib dengan Menteri Agama yang baru MJ (B) Jamil Khir sudah tentu tidak berminat untuk menerima pakai legasi Abdullah. Kalau Khairy satu-satunya legasi Abdullah telah ditiadakan , Islam Hadhari juga akan perlahan-perlahan ditiadakan.

Melihat kepada cara hidup Perdana Menteri baru, tidak terkejut kita jika Najib akan mengisytiharkan pula Konsep Islam Glokal atau mungkin Islam Global ? Pening pula kepala Jamil Khir untuk merancang konsep Islam Glokal tersebut.

Kita tidak pelik UMNO hendak keluarkan Islam Hadharikah, Islam Glokalkah atau Islam Global kerana memang itulah cara UMNO dan memang begitulah UMNO. Sesat memanjang!

Yang kita amat bimbang nanti jika dilancarkan Islam Glokal atau Islam Global maka atas dasar hak asasi manusia, dalam satu rumah keluarga Islam apabila sudah akil baligh boleh memilih mahu menjadi Ali atau Ramasami atau Ah Chong ? Macam Indonesia !Na'uzubillah ! Semoga tidak berlaku.

Datuk Seri, Kembali kepada Islam yang Syumul !

2 comments:

akira8047 said...

apabila nafsu beraja dihati, macam2 boleh jadi

klik sini
Mahathir + Najib = ????

Anonymous said...

Setuju dengan Garamlada. Sebenarnya untuk memilih menteri yang benar-benar berintegriti dan memiliki akauntibiliti dalam senarai YB BN yang ada sangat susah. Sesusah mencari 'emas di dalam bumi' Persepsi masyarakat terhadap pemimpin BN tika ini menjunam terus ke bawah khususnya di Semenanjung Tanah Melayu yang dahulunya dikenali dengan nama 'Suvarnabumi'. Justeru satu tugas yang agak sukar bagi YAB PM untuk memilih jemaah menteri kabinet baharunya. Mungkin inilah yang dimaksudkan sesetengah pemimpin UMNO betapa UMNO sudah terkena 'barah'.