Followers

Wednesday, April 08, 2009

Bung Mukhtar Menteri Pertanian ?

Disaat-saat sekarang sepatutnya Najib banyak mendampingi dan berbisik atau merujuk kepada Pak Lah tetapi nampaknya Najib banyak mendampingi , berbisik-bisik dan merujuk kepada Mahathir.

Pak Lah senyap sunyi entah di mana ? Kelibat Mahathir kelihatan di mana-mana sambil tersenyum melambai-lambaikan tangan. Gembira benar Mahathir ! Macam dia pulak Perdana Menteri Malaysia keenam ?

Jika itulah senarionya, sah esok Khairy Jamaluddin tidak akan termasuk dalam kabinet Najib. Kalau Najib lantik Khairy jadi anggota kabinetnya berkemungkinan besar Mahathir akan mengecam tindakan Najib itu.

Apakah Najib sanggup menegur Mahathir yang banyak berjasa kepada dia, antaranya hari-hari tolong 'belasah' dan mempercepatkan Pak Lah turun 'tahta'. Atau apakah Najib sanggup melihat Mahathir akan keluar balik UMNO ? Najib pasti tidak sanggup!

Jadi siapakah di kalangan Pemuda UMNO yang bernasib baik ? Siapa lagi kalau tidak Mukhriz yang dulunya, sewaktu mula -mula bercadang menjadi calon Ketua Pemuda pernah memberitahu tidak mahu jawatan Kabinet kalau dia menang. Rupanya dia kalah kepada Khairy maka itu kalau dia dilantik, dia akan terimalah. Anak bbapaaak....eermmmc !

Dan antara orang yang akan tertolak esok dari kabinet Najib ialah Nazri Aziz kerana Nazri ini terlalu lantang menyerang Mahathir dulu, sewaktu Mahathir menyerang Pak Lah. Sabri Cheek juga saya jangka akan terpelanting dari kabinet kerana kegagalannya berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim musuh nombor wahid Mahathir.

Walaupun Datuk Dr JJ dikatakan rapat dengan Najib namun beliau tidak akan berada dalam kebinet esok kerana Najib lebih terpaksa memilih Tengku Azlan Sultan Abu Bakar. Saifuddin dari Temerloh itu hanya sekadar Timbalan Menteri sahaja esok.

Yang dijangka akan menjadi Menteri Pelajaran esok ialah Datuk Pa. Manakala Menteri Pertanian ialah Bung Mukhtar kerana dialah penolong ketua lawatan ke Taiwan tempoh hari sebaik Anwar gertak hendak bentuk kerajaan. Dengan ilmu pertanian yang dipelajari di Taiwan pasti Bung Muktar orang yang paling layak dalam pilihan Najib.

Apa-apapun tunggulah pengumuman pada pukul 3 petang esok. Selepas itu rakyat pasti akan tahu sama ada cakap-cakap Najib untuk membuat pembaharuan dalam UMNO dan kerajaan hanya dongeng politik semata-mata. Orang kata, acah-acah aje.

Acah-acahlah...Pilihanraya Ke 13 sedia menunggu. Acah... acah !!

No comments: