Followers

Wednesday, April 08, 2009

Bukit Gantang: Sah pungutan suara rakyat...


Kemenangan dengan majoriti memberansangkan Pakatan Rakyat dalam PRK Parlimen Bukit Gantang telah benar-benar mengesahkan kepimpinan Najib tidak diterima oleh majoriti rakyat. Kemenangan Ir Nizar juga juga mengesahkan bahawa beliau masih dianggap sebagai Menteri Besar Perak bukan Dr Zamry. Jika rakyat Perak tidak mengakui Nizar sebagai pemimpin mereka sudah pasti cakap dan kempen Dr Zamry akan mudah diterima tetapi sebaliknya cakap dan kempen Ir Nizar lebih diterima .

Tan Sri Mahuyudin cuba menafikan bahawa keputusan PRK Bukit Gantang sebagai bukan pungutan suara rakyat terhadap kepimpinan Najib. Apa yang terbukti ialah slogan Barisan Nasional/UMNO di banner dan poster semasa kempen pilihanraya Bukit Gantang ialah "MOHON RESTU RAKYAT" dengan terpampang gambar Najib . Satu slogan yang secara sedar dan diam-diam disediakan UMNO sebagai usaha mahu mengesahkan sokongan kepada kepimpinan baru UMNO. UMNO melaungkan slogan itu diserata ceruk Bukit Gantang. Keputusan yang diumumkan, UMNO kalah.

Logiknya apakah UMNO akan kalah jika rakyat memberi restu setelah UMNO secara sedar MOHON RESTU RAKYAT ?

Oleh yang demikian keputusan PRK Bukit Gantang ini mengesahkan bahawa pungutan suara rakyat sebenarnya tidak memberi restu atau menolak kepimpinan Najib dan kerajaan haram Perak yang berketuakan Dr Zamry Kadir. Dalam ertikata lain benarlah, ia merupakan satu referendum penolakan UMNO/BN di bawah kepimpinan Najib oleh rakyat.

Itulah hakikat sebenarnya.

Apakah ada pihak masih berdegil untuk tidak mahu membubarkan DUN Perak setelah rakyat memberi isyarat yang jelas ? Apakah Najib akan main-main atau mempersendakan penolakan rakyat terhadap kepimpinan beliau dengan melantik individu rasuah dan buruk moral dalam kabinetnya ? Kita saksikan nanti !

No comments: