Followers

Monday, April 06, 2009

Apakah UMNO mempunyai 2 Naib Presiden yang penakut ?

Mengikut blog albanjari online, http://politikbanjar.blogspot.com/ dianggarkan 15 ribu telah hadir ke kawasan yang dijangka diadakan debat antara Datuk Husam dengan Zahid Hamidi pada malam ini. Persoalannya, datangkah Zahid Hamidi untuk berdebat dengan Datuk Husam ?

Sudah hampir pukul 10.30 malam, debat masih belum bermula. Apakah itu petanda majlis sedang menunggu kehadiran Zahid Hamidi ? Datangkah Menteri Agama Islam Hadhari? Rasanya orang ramai pasti kecewa untuk mendengar hujah debat dan bidas antara Datuk Husam dengan Menteri Agama Islam Hadhari itu ? Kalau Khairy saya percaya dia akan datang kerana dia pernah membukti dirinya berani hadir untuk berentap dengan Naib Presiden Pas itu.

Jika Datuk Seri Zahid gagal datang dengan pelbagai alasan yang diciptanya maka lengkapkan UMNO pimpinan baru ini mempunyai 2 orang NaibPresiden yang terbukti penakut dan pengecut atau memang tidak pandai berdebat.

Dulu YB Salehuddin Ayub Ketua Pemuda PAS mencabar Hishamuddin penderhaka bahasa Melayu untuk berdebat mengenai isu PPSMI, mati balik hidup Hishamuddin tidak berani. Senyap kelu Hishamuddin dengan cabaran debat itu.

Kini jika Zahid Hamidi tidak hadir untuk berdebat maka jelas, Zahid Hamidi juga penakut untuk berhadapan dengan realiti isu-isu yang bakal diperdebatkan. Maka Zahid Hamidi juga serupa dengan Hisahmuddin. UMNO mempunyai dua orang Naib Presiden yang penakut atau memang gagap untuk berdebat !

Yang belum teruji hanyalah Shafie Afdal. Kita lihat nanti apakah Shafie Afdal juga seperti Hisham dan Zahid ! Tunggu masanya akan tiba jua.

No comments: