Followers

Thursday, April 09, 2009

Apakah kepimpinan Perdana Menteri baru akan gagal lagi petang ini ?

Amat malang bagi seorang Perdana Menteri apabila di awal-awal pemerintahannya telah diwarnai dengan kekalahan yang agak besar. Tiada apa gelaran yang mampu diberikan seperti mana gelaran Mr Clean diberikan kepada Pak Lah dulu. Semuanya ini memberi erti bahawa rakyat masih tidak yakin dengan iltizam dan keazaman Perdana Menteri dalam melonjakkan visi dan misi pemerintahannya.

Kelihatannya, awal-awal segala tindakan Perdana Menteri masih tidak menceriakan rakyat. Suasana ini meliputi analisis politik semasa negara. Para penganalisis berharap segala janji pembaharuan bukan retorik tetapi sebuah iltizam yang padu dan telus.

Persoalannya apakah Datuk Seri Najib mampu bersikap telus yang diyakini dan dipuji oleh majoriti rakyat ? Hari ini rakyat terbanyak bukan menilai Datuk Seri Najib dari tulisan dan siaran media perdana lagi. Tetapi rakyat mempunyai pelbagai sumber maklumat yang diyakini sebagai bahan sokongan untuk tujuan menilai iltizam Najib. Mereka akan cepat tahu dan cepat membuat bacaan politik sama ada Datuk Seri Najib benar telus dalam mentadbir negara ini.

Seperti mana yang dicatat lebih awal. Najib telah mula menunjukkan kegagalan beliau satu demi satu sebaik menjawat jawatan Perdana Menteri. Membiarkan Tun Dr Mahathir terlalu hampir dengan beliau telah menimbulkan syak yang tidak baik terhadap beliau. Seorang rakan UMNo mengulas apabila melihat kekamcingan Najib-Mahathir, "Kepimpinan Najib akan semakin lemah dan punah apabila orang tua itu hampir dengannya."

Selepas itu kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang cukup memalukan kepimpinan baru ini. Lebih memalukan mengikut bacaan politik umum kehadiran Dr Mahathir berkempen di kedua-dua Bukit menjadikan kepimpinan Najib kalah besar dalam PRK kali ini.

Hari ini Najib akan mengumumkan Kabinet baru baliau. Sekali lagi rakyat akan menilai Najib yang telah begitu sukar untuk menyusun angggota kabinetnya tanpa 'air tangan' Tun Mahathir. Rakyat sedang menunggu, siapakah orangnya yang akan membarisi Karbinet Najib. Selepas pengumuman itu nanti kita akan tahu siapakah yang dianggap bersih dan berintegriti. Rakyat kenal sangat semua anggota kabinet zaman Pak Lah dan Mahathir. Jika yang rakyat kenal itu terus dilantik erti bukan integriti dicari tetapi pasti akan dinyah pergi apabila sampai masanya nanti.

UMNO/BN telah gagal teruk di Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kepimpinan Najib dan sentuhan tidak relevan Mahathir, apakah sekali lagi Najib akan gagal selepas rakyat tahu anggota kabinetnya nanti ?



1 comment:

nik awin said...

dulu kita ada 'penasihat tingkat 4'

agaknya sekarang kita ada 'big momma' sebagai penasihat PM pulak