Followers

Monday, April 06, 2009

Apaalah Mahathir ni....

Sewaktu berucap berkempen di Bukit Gantang pagi tadi, secara langsung di TV lagi ,(SPRM mana ? Tak nampakke penyalahgunaan harta kerajaan untuk kempen UMNO/BN?)Tun Mahathir yang mengaku dia sebagai kuda tua UMNO telah memperli dengan mengatakan di Bukit Gantang ada orang derhaka kepada raja. Kata-kata perli dari orang yang mengaku sebagai kuda tua UMNO itu tidak sukar untuk difahami, ianya sudah pasti ditujukan kepada ir Nizar Jamaluddin.

Istilah 'patik mohon sembah derhaka' Nizar, menjadi hujah orang yang mengaku sebagai kuda tua UMNO itu sebagai benar-benar derhaka kepada Raja. Mudahnya Mahathir berkata-kata tetapi jelas dari kata-katanya walaupun seorang yang boleh dianggap 'negarawan' namun tidak cerdik bunyinya. Kalau bahasa kasarnya b......... nak tulis tak tergamak.

Betullah agaknya Mahathir ini seorang yang jauh dengan jiwa Melayu maka itu dia tidak faham laras bahasa istana raja-raja Melayu. Istilah yang Nizar gunakan telah diketahui oleh semua orang sebagai bahasa beradab seorang rakyat terhadap rajanya apabila rakyat itu secara sopan dan penuh hurmat kepada raja mahu berbeza pendapat dengan raja maka istilah ' patik mohon sembah derhaka ' digunakan. Tak kanlah Nizar akan kata kepada raja , 'patik tidak bersetuju dengan tuanku dan patik tidak akan ikut cakap tuanku' seperti mana Mahathir bercakap dahulu sewaktu mahu menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Di serata tempat kempen menghapuskan imuniti raja-raja Melayu, Mahathir menganggah raja-raja Melayu seperti mana dia menyanggah ahli politik pembangkang. Begitulah Mahathir pada waktu itu. Tidak derhaka pula Mahathir ?

Saya kata Mahathir semenjak menjadi si kuda tua UMNO (dia sendiri yang mengaku) semakin tidak cerdik kerana gagal memahami bahasa istana. Rakyat sering kali menggunakan kata-kata " Ampun tuanku sembah patik harap diampun", bila pulak rakyat buat salah dengan tuanku sehingga beria-ia meminta ampun ?

Itulah tidak cerdiknya Mahathir....rakyat bercakap dengan raja begitu, kerana minta maaf awal-awal secara beradab dengan raja, kalau-kalau percakapan yang akan diperkatakan kepada raja nanti tidak baik bahasanya, mungkin tidak beradab atau mungkin akan menyinggung perasaan raja, atau mungkin akan menimbulkan kemarahan raja. Jadi minta maaflah awal-awal. Itu je bendanya bukan kerana rakyat itu derhaka.

Apalah Mahathir ni !!

1 comment:

Anonymous said...

My rasa:

1. Initially MM tak berminat nak letak jawatan tp sbb terdesak dia pilih yg paling bengap dan penidur (ini kata2 dia sediri) utk ganti sbb dia ingat nak jadi dalang wayang kulit. Tp dah kena potong stim dgn KJ.

2. Itu dia marah sgt KJ bukan pasal rasuah pon sbb NR lg bapak segala rasuah takkan dia tak tau sbb dia datuknya rasuah.

3. Skrg dia masuk balik bila NR naik pasal dia ingat bleh jadi dalang semula sbb NR penuh skandal. Tp blom tentu sbb KJ pon pegang skandal yg sama.

4. Opportunist tua vs opportunist muda. Sama2 gila kuasa bukan sbb amanah agama atau negara. Kita tunggu siapa yg lebih celiko.

CankerSaurus