Followers

Sunday, March 08, 2009

Wahai pejuang bahasa, kami bangga dengan anda.



Semalam satu lagi sejarah mempertahankan Bahasa Melayu telah tercipta. Tokoh-tokoh bahasa Melayu, para pemimpin Malayu yang prihatin Bahasa Melayu bersama rakyat berbilang kaum dan berbilang latar belakang berkumpul dan berarak mempertahankan Bahasa Melayu yang sedang diancam oleh UMNO sebuah parti yang mendakwa sebagai parti Melayu tetapi tidak berjati diri Melayu dan sangat tidak bertanggungjawab terhadap Bahasa Melayu.

Seluruh rakyat yang mencintai Bahasa Melayu amat berbangga dengan keberanian para pejuang bahasa seperti Datuk Hassan Ahmad, Pak Samad Said. Ainon Mohd. , Datuk Baha Zain, Prof Shahril dan ramai lagi yang tidak mampu untuk disebutkan satu persatu. Kami seluruh rakyat marhain ini berbangga dengan tuan-tuan. Walaupun usia kian memamah kudrat, namun jiwa perjuangan tuan-tuan amat kental sekali. Tanpa keperihatian dan perjuangan tuan-tuan bahasa kita mungkin akan pupus di bumi tercinta ini.

Adalah diharapkan respon pertama yang diberikan oleh Perdana Menteri semalam akan memberi cahaya kepada usaha memartabatkan kembali Bahasa Melayu sebagai bahasa segala bidang ilmu terutama bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Jika respon segera oleh Perdana Menteri semalam dibuta-tuli oleh Menteri Perlajaran maka kita perlu terus berarak ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan kalau mungkin ke Bukit Lanjan nanti. Jika mereka ini terus berdegil maka formula yang diberikan oleh Pak Samad Said iaitu mereka ini hanya boleh diajar dengan bahasa undi maka kita akan berkumpul pula pada pilihanraya yang ke 13 nanti. Waktunya semakin hampir tiba....Kita hanya perlu bersiap-sedia untuk terus berada seperti dalam momentum semalam !

3 comments:

P'su said...

BI & Sians@ Math adalah 2 disiplin ilmu yang berbeza Menteri Pelajaran x tau ke...

pencinta Bahasa Melayu said...

tuan
bagi saya mansuh saja PPSMI
ajar kembali dalam Bahasa Melayu
Saya bimbang....
Apabila pilihanraya akan dtg jika masih lagi terus dgn ppsmi ini, saya sendiri akan beralih arah kpd pembangkang...kenapa kerajaan terutama Hishamudin tak sedar2 dan buta?
Cuba duduk dalam kelas dan mengajar anak2 yang slow learner ini....baru tau.

Kembara Kelana said...

ulasan yang menyakitkan telinga:
kata mp kpm, ..yang saya pelik, kenapa selepas 6 tahun baru perkara ini di bangkitkan?...tahniah.tahniah