Followers

Friday, March 20, 2009

Undang-undang kepada UMNO lain, kepada bukan UMNO lain ?

Begitulah hebatnya UMNO ! Bagi UMNO undang-undang di Malaysia ini, kepada UMNO lain kepada bukan UMNO lain. Inilah yang selalunya berlaku kerana memang sengaja dilakukan begitu. Tafsiran undang-undang yang berbeza untuk UMNO, yang akhirnya tindakan undang-undang juga berbeza.

Gobind Singh Deo "menghenyak" dengan kata-kata kepada bakal Perdana Menteri dalam Parlimen, telah digantung setahun daripada tugasnya. Gobind digantung hanya kerana memaklumkan dalam parlimen ada pegawai penyiasat polis bersetuju dengan dia bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes Tantuya!? Ramai orang kata hukuman terhadap Gobind tidak wajar antaranya ialah Pensyarah Program Sains Politik UKM Dr Ahmad Nizamuddin. Katanya, hukuman tersebut menjadi tidak wajar kerana terlalu berat tetapi bagi UMNO hukuman tersebut adalah wajar walaupun Gobind tidak langsung diberi peluang membela diri.

Dalam kes Ali Rustam, Najib ketika ditanya mengenai kenyataan bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya Lembaga Disiplin jangan melayan sebarang rayuan terhadap mereka yang bersalah kerana ia hanya menjejaskan kredibiliti parti, Najib berkata: ‘‘Tak apalah, dia ada hak untuk merayu, sama ada rayuan itu berjaya atau tidak, ia bergantung kepada Panel Rayuan. Kita tidak boleh nafikan hak untuk seseorang itu membuat rayuan.” Cantik lawa kenyataan Najib bila kena kepada UMNO.

Dalam kes Elie Bukit Lanjan pula, cepat sungguh Khir Toyo suruh letak jawatan sedangkan katanya ceritanya perlakuan peribadi Eli yang terakam video itu di kediamannya sendiri macam Khir Toyo di rumah dia jugalah !

Tapi dalam kes Ali Rustam, tidak pula Khir Toyo gesa Ali suruh letak jawatan sedangkan jelas Ali terlibat dalam rasuah politik wang. Adakah munasabah ajen-ajen Ali bertindak tanpa arahan? Nama pun "ajen-ajen Ali Rustam" ! Siapa yang bagi arahan ?

Punya autanya UMNO, perasuah politik parti dia yang ramai-ramai itu hanya dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti yang sebenarnya tiada gigi langsung itu. Ali Rustam senyum sahaja bila Lembaga Disiplin UMNO menghalang dia bertanding, jawatan Ketua Menteri tetap kekal. Hendak lapur kepada SPRM jauh panggang dari api. Cuma Norza saja yang dihadap ke SPRM itupun kerana Norza orang kuat Khairy !

Satu isu lagi Speaker DUN Perak menggantung Dr Zamry dan Exco-ekco tak sahnya hadir persidangan DUN, SPRM diarah siasat oleh UMNO dan terus datang siasat . Hari ini SPRM kata ada elemen-elemen salahguna kuasa oleh Speaker DUN Perak ! Cekap sungguh SPRM di sini.

Manakala kes yang seumpama itu berlaku di Parlimen di mana Speaker Dewan Rakyat gantung Gobind tidak pulak SPRM datang siasat kemungkinan Pandikar Amin salah guna kuasa ? Hampas dan bentat sungguh SPRM di sini.

Berduyun-duyun pemimpin PAS buat aduan rasuah Ali Rustam yang dibuktikan oleh Lembaga Disiplin UMNO kepada SPRM, sepatah haram SPRM tidak mengeluarkan kenyataan.

Begitulah berbezanya tafsiran dan tindakan undang-undang kepada UMNO dengan bukan UMNO ! Bertuah sungguh siapa menjadi pemimpin-pemimpin UMNO !!!!!

Kerana tuah hanya ada kepada pemimpin-pemimpin UMNO maka diseru agar seluruh ahli-ahli UMNO yang insaf keluarlah UMNO segera !

No comments: