Followers

Thursday, March 19, 2009

UM NO pecah selepas Perhimpunan Agung ?

Pertembungan antara orang Pak Lah dengan orang Najib kian ketara sekarang. Orang Pak Lah mulai marah di atas apa yang dikatakan sikap melampau dan tidak mengenang budi Najib Razak. Orang Pak Lah mendakwa apabila Najib menafikan Ali Rustam sebagai kambing hitam maka cerita Alli Rustam sebagai kambing hitam adalah benar. Kalau tidak, kata mereka masakan Najib tiba-tiba menafikannya. Kata mereka lagi yang mengatakan Ali Rustam menjadi kambing hitam adalah pembangkang dan kenapa Najib perlu melayan tuduhan pembangkang ? Ini membuktikan kisah Ali Rustam sebagai kambing hitam dalam drama politik wang UMNO adalah sesuatu isu yang sukar dinafikan.

Api kemarahan dan tidak puas hati orang Pak Lah telah mulai menyala dan mereka sedang mengatur strategi tertentu jika tidak orang-orang Pak Lah tidak akan bersisa dalam UMNO pimpinan Najib nanti.

Sudah berbunyi di kalangan penyokong Ali untuk mengundi parti pembangkang sebagai protes dalam pilihanraya akan datang. Sikap ini akan ditentukan selepas mengetahui keputusan terhadap rayuan Ali nanti. Jika Ali tidak dibenarkan bertanding maka keadaan retak menunggu belah akan berlaku kepada UMNO di Melaka. Bersiaplah Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka selepas Pilihanraya akan datang.

Sebalik jika Ali dibenarkan bertanding maka semakin ramai ahli-ahli UMNO akan meninggalkan UMNO kerana kecewa dengan sikap kepimpinan UMNO yang tidak ikhlas dalam melakukan reform terhadap parti.

Manakala Khairy yang telah tercalar imejnya, dikatakan tidak duduk diam. Menurut sumber Khairy bukanlah jenis pemuda UMNO yang duduk diam apabila diperlakukan begitu. Dia sedang menyusun strategi tertentu untuk mempertahan maruah bapak mentuanya yang telah dicalarkan oleh Najib.

Menurut sumber UMNO tempatan , Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menerima limpahan keahlian baru dari orang-orang UMNO yang telah menyampah dan meluat dengan parti mereka selepas Perhimpunan Agung UMNO nanti. Menurut sumber tersebut, beliau menjangka UMNO akan pecah selepas Perhimpunan Agung tersebut kerana UMNO kini tidak lagi ditadbir mengikut perlembagaan parti tetapi mengikut kehendak dan hawa nafsu orang tertentu yang rapat dan menguasai orang penting parti ?

1 comment:

seri said...

teruk UMNO sekarang
UMNO tidak teruk tapi org2nya
kesian org Melayu
org cina giat kumpul harta
org melayu tak sudah2 bersengkete
yg rugi anak bangsa