Followers

Wednesday, March 18, 2009

Tidak terfikirkah ahli-ahli UMNO ?

Semakin UMNO hendak dipulihkan, semakin kronik, buruk dan membusuk penyakit yang dialami oleh UMNO. UMNO kian menderita.Proses pembersihan batang tubuh UMNO yang kononnya sedang dilakukan oleh Najib Tun Razak kian menyiksa 'kesihatan' UMNO. UMNO terus mengidap sakit kronik.

Lihatlah betapa malangnya ahli-ahli UMNO yang mahu melihat UMNO kembali sebagai parti politik yang berwibawa dan berintegriti tidak kesampaian. Dulu-dulu Isa Samad digantung 6 tahun. Kini Ali Rustam cuma hilang hak bertanding. Kononnya agen-agen dia sahaja yang salah dan digantung. Khairy yang juga terlibat rasuah politik cuma diberi amaran.

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO itu dipertikai oleh banyak pihak termasuk oleh veteran Tungku Razaleigh Hamzah. Ada pihak lain pula hanya senyum kambing dengan keputusan tersebut. Mengarut, kata mereka.

Yang menarik perhatian umum ialah kenapa yang kena dakwa politik wang ialah Dato' Norza(didakwa oleh SPRM), Dato Ali Rustam dan Khairy ? Adakah hanya mereka bertiga ini sahaja raja politik wang dalam UMNO. Dengan terdedahnya nama mereka, maka agaknya sudah tiada lagi raja politik wang dalam parti tua itu ? Maka selepas ini title 'Mr Clean' akan dirangkul pula oleh Najib setelah berjaya mengotorkan imej Pak Lah.

Keputusan yang dibuat oleh LD UMNO itu didakwa oleh umum semacam tidak serius, bukan kelihatan mahu menghukum cuma hanya kelihatan mahu memberi kotor sahaja supaya dapat mencacatkan markah dalam pertandingan nanti. Ketiga-tiga mereka itu kalau bertanding pun atau dibenar bertanding pun, mereka sebenarnya telah mempunyai imej comot politik wang ! Itulah politik UMNO, kaedah yang kotor dan busuk digunakan untuk membusukkan yang busuk! Pulihkah UMNO ?

Satu lagi perkara busuk yang sepatutnya ahli-ahli UMNO sudahpun membuat keputusan untuk menyertai PAS atau Keadilan ialah Pak Lah tergamak dibomohkan. Benda-benda seperti ini sudah menjadi senjata dalam usaha menjatuhkan musuh politik dalam UMNO. Orang-orang Melayu yang berjiwa Islami yang masih menjadi ahli UMNO, apakah lagi yang boleh diharapkan kepada UMNO jika perkara karut-marut seperti itu berlaku dalam UMNO ? Presiden UMNO sendiri dibomohkan ? Angkara siapakah ini agaknya. Takkanlah ini angkara PAS atau Keadilan !

Kita sangat bimbang jika nanti negara ini akan diperintah berpandukan kepada nasihat tok-tok bomoh dan tangkal. Na'uzubillah !

Buat pertama kali dalam sejarah negara, bakal Perdana Menteri sarat dengan dakwaan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah, seks, pembunuhan dan pemusnahan demokrasi di Perak. Semua dakwaan tersebut walaupun dinafikan, namun masih belum dapat menyakinkan hati-hati kecil rakyat pelbagai lapisan dan masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkembangan skandal-skandal tersebut. Baru-baru ini dalam parlimen bakal Perdana Menteri kelu apabila dihenyak oleh anak Karpal Singh. Akhirnya anak Karpal Singh digantung parlimen menyebabkan masyarakat umum semakin menjadi hairan dan tertanya-tanya kenapa hukuman itu dikenakan kepada Ahli Parlimen Puchong itu ?

Sekadar beberapa contoh di atas, UMNO semakin rusak dan akan menanti binasa sebenarnya. Usaha-usaha yang dikatakan untuk memulihkan UMNO sebenarnya tidak ubah seperti usaha tikus membaiki labu. Persoalannya mengapakah ahli-ahli UMNO menyerahkan kepada 'tikus-tikus' dan 'bapak tikus' untuk membaik-puilihkan UMNO ? Tidak terfikirkah ahli-ahli UMNO atau memang ahli-ahli UMNO jenis tidak ada fikiran ?

1 comment:

Susah Hati said...

Sekarang Rafidah pulak melobi Rosmah.

Para perwakilan Wanita UMNO ada terfikirkah masa depan sayap utama UMNO ini ke?