Followers

Monday, March 30, 2009

Siapa menggunakan masjid untuk tujuan politik ?

Tidak salah berpolitik di masjid kerana masjid bukan sahaja sebuah institusi agama tetapi juga merupakan institusi masyarakat yang mampu menjana ilmu, sosial. politik dan agama rakyat. Tetapi oleh kerana UMNO parti yang mengamalkan pegangan; agama suku politik suku, maka berpolitik dalam masjid menjadi salah. Serentak itu sentiasalah timbul isu yang menjadi jajaan UMNO ia itu menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Riuh sekarang UMNO, Mahyuddin, Zamry dan Ketua kampung mana entah, dalam TV 9 tadi menuduh ir Nizar menggunakan masjid untuk tujuan politik. Esok pasti mantan Presiden UMNO akan ditanya pemberita sukusakat UMNO. Presiden UMNO baru pun akan memberi komen esok. Merah-merah bibirlah dia komen esok.

Siapa menggunakan masjid untuk berpolitik ?

Zamry, Mahyuddin anak Yasin dan puak-puak UMNO berada dalam masjid itu untuk tujuan apa ? Yang Mahyuddin Yassin ada di situ buat apa? Yang Zamry kata, " kita telah atur program khusus di situ yang telah disusun awal" untuk apa ? Buat program itu sewaktu dalam tempoh kempen kenapa ? Tidak ada orang waras yang tidak akan kata, itu sebenarnya kempen politik ! Menggunakan masjid untuk berpolitiklah tu !!

Ir Nizar, masuk ke masjid waktu maghrib dan dipelawa menjadi imam, tak kan sebagai pemimpin dia hendak menolak. Dalam Islam memang pemimpin yang lebih aula jadi imam. Bila dia dipelawa jadi imam sembahyang maghrib itu, tak kan dia teragak-agak untuk ke depan kerana menjadi imam solat memang lumrah bagi Nizar.

Setelah selesai solat, Nizar dijemput untuk menyampaikan tazkirah kemudian dia dihalang oleh pencacai UMNO dan dia mengundur diri dengan hormat, berpolitik dalam masjidkah itu ? Atau orang yang menghalang itulah berpolitik dalam masjid sebenarnya ?

Salahkah Nizar masuk ke masjid yang kebetulan ada Zamri dan Mahyuddin untuk bersolat maghrib. Kenapa pula bila ada Zamri dan Mahyuddin maka Nizar tidak boleh masuk untuk bersolat di masjid tersebut. Siapakah yang sebenarnya menggunakan masjid untuk berpolitik ni?

Dalam TV 9 tadi, Zamry dan Mahyuddin telah mulai mengguna isu ini dengan memburuk-buruk peribadi Nizar secara tidak bertanggungjawab.

Lihatlah wahai orang-orang UMNO berapa huduhnya parti anda, menuduh orang lain menggunakan masjid untuk tujuan politik dalam keadaan UMNO sendiri yang melakukannya. Nampanya dua kali lima dengan yang dulu, dengan Mahyuddin menjadi Timbalan Presiden UMNO, UMNO jelas kian tenat ! Patutlah, seorang sahabat UMNO dari Johor memberitahu, Mahyuddin sebenarnya tidak disukai oleh orang Johor sendiri. Apakah orang Perak pulak akan suka ?

No comments: