Followers

Tuesday, March 03, 2009

Perkenankanlah Tuanku ! - Malaysiakini

Hari pergolakan politik di Perak terus berkocak dan panas. Mahkamah tolak peguam Speaker manakala persidangan DUN tergempar Perak yang diadakan di pakir kereta di bawah pokok meluluskan dua usul iaitu satu usul percaya kepada Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan usul kedua membubar DUN Perak.

Nampaknya keadaan Perak terus haru-biru. Dan lambang yang berwarna biru kian tidak disukai oleh rakyat Perak. Penyelesaian masalah terus kelihatan kusut kerana ada pihak yang semacam mahukan ianya menjadi kusut.

Di Indonesia, Pak Lah kata Sivakumar mencipta banyak masalah kerana kononnya Sivakumar tidak sabar untuk menunggu keputusan hakim terhadap kes yang dibawa oleh Datuk Seri Nizar. Bila kena kepada Pakatan Rakyat Pak Lah kata Speaker Pakatan Rakyat tidak sabar.

Sedangkan sewaktu Najib Razak tergesa-gesa merampas Perak dari Pakatan Rakyat tempoh sehingga mencetuskan konflik perundangan yang memalukan ini, Pak lah tidak pula kataNajib tidak sabar malah Pak Lah Sokong pula Najib. Sepatutnya dengan majoriti yang didakwa diperolehi, Najib perlu bersabar tunggu dulu persidangan DUN untuk undi tidak percaya kepada Nizar. Pak Lah ibarat biawak lidah bercabang.

Pemimpin UMNO masih mengganggap UMNO itu kudus, sempurna dan maksum. Buatlah apa sahaja UMNO tidak bersalah dan tidak salah, yang bersalah dan salah ialah pihak-pihak yang menentang UMNO ! Itulah UMNO yang tidak tahu malu dan akan mempergunakan apa sahaja untuk kepentingan diri mereka sama ada agensi-agensi penguatkuasa mahupun pihak istana.

Semoga pihak Paduka Sultan Perak berkenan menerima mengadap Menteri Besar Datuk Seri Nizar untuk pembubaran DUN Perak.

Perkenankanlah tuanku. Ampun Tuanku, Ampun Tuanku, Ampun Tuanku !!

No comments: