Followers

Saturday, March 07, 2009

Perjuangan baru bermula


Hari ini pejuang-pejuang Bahasa Melayu bersama 100,000 rakyat akan berhimpun dan 'berarak' ke istana negara, menghantar memorundum kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong memohon campur tangan baginda bagi memansuhkan PPSMI.

Tanpa mengira fahaman politik seluruh umat Melayu harus bangun menentang dasar Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ini. Jika tidak, Bahasa Melayu yang terbukti berkemampuan tinggi, hebat dan berjaya melahirkan ramai cendikiawan dan profesional Melayu akan hilang seperti mana hilangnya tulisan Jawi.

Apakah hari ini kita mahu membiarkan Hishamuddin Hussein yang mendapat pendidikan barat dan langsung berjiwa barat itu akan menghapuskan Bahasa Melayu sebagaimana Khir Johari menghapuskan tulisan Jawi ?

Hishamuddin dalam kebanyakan kenyataannya sejak akhir-akhir ini masih kelihatan tidak senang dengan tentangan pejuang-pejuang bahasa dan rakyat terhadap PPSMI. Pendiriannya seperti begitu tegar untuk tidak mahu menghapuskan PPSMI. Kita tidak perlu terperanjat jika selepas perhimpunan hari ini Hishamuddin tidak akan menghapuskan dasar ini sebalik nyaakan mengubahsuai beberapa perkara-perkara 'assessori' dasar karut itu, untuk menampakkan seolah-olah tuntutan rakyat telah diterima.

Perkara ini akan terjadi seperti mana persidangan meja bulat yang digahkan oleh Hishammuddin yang kononnya sedang mengkaji keberkesanan PPSMI. Kita sedar ahli-ahli persidangan meja bulat itu kebanyakannya adalah balaci UMNO dan pengkhianat Bahasa Melayu. Mereka bersidang bukan untuk memansuhkan PPSMI sebaliknya untuk terus memberi nyawa kepada dasar karut warisan Mahathir ini.

Oleh yang demikian seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu harus konsisten dalam perjuangan menyelamatkan Bahasa Melayu ini. Orang-orang Melayu harus insaf bahawa perjuangan menyelamatkan Bahasa Melayu sebenarnya baru bermula. Langkah seterusnya akan pasti menyusul jika tuntutan perhimpunan hari ini gagal. Langkah kedua yang boleh diambil segera ialah gagalkan Hishamuddin sebagai Naib Presiden UMNO, jika tidak seluruh perwakilan UMNO yang mengundi Hishamuddin boleh kita isytiharkan sebagai pengkhianat bahasa ibunda kita. Kemudian selepas itu mungkin beberapa perhimpunan besar yang lain sebelum kita 'menghapuskan' pengkhianat-pengkhianat Bahasa Melayu (bahasa ibunda) terutama parti UMNO pengkhianat terbesar, dengan bahasa undi seperti yang dipinta oleh Sasterawan Negara kita, A. Samad Said dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Bahasa jiwa bangsa.

No comments: