Followers

Tuesday, March 03, 2009

Pengasingan kuasa dicabul ? Siapa mencabul ?

Nampaknya konsep pengasingan kuasa iaitu ekskutif, legislatif dan kehakiman semacam dicabuli di Perak. Jika inilah yang berlaku dan dibiarkan terus berlaku maka bagaimanakah sesuatu pemerintahan yang adil kepada rakyat dapat dilaksanakan. Sepatutnya apa yang berlaku di Perak adalah keadilan kepada rakyat bukan keadilan hanya kepada parti UMNO/BN.

Apakah sebenarnya hak pihak yang menghalang, telah menghalang Speaker dan ADUN Pakatan Rakyat Perak dari memasuki DUN. Siapakah yang mengarahkan kerja menghalang sebgitu rupa sehingga persidangan DUN terpaksa dilakukan di bawah sepohon pokok. Rupa-rupanya dalam sejarah Malaysia moden berlaku juga kejadian yang tidak pernah buat oleh orang lain ini kecualilah berlaku gempa bumi sehingga meruntuhkan DUN !

Apakah Speaker dan ADUN Pakatan Rakyat perlu dipersalahkan kerana hal ini ?

Sebelum mereka hendak dipersalahkan, sewajarnya pihak yang menghalang itu dikutuk kerana, mereka iaitu ADUN dan Speaker Pakatan berhasrat bersidang dalam DUN. Amat jelas sekali perbuatan pihak yang menghalang seolah-olah tidak faham fungsi dan peranan Speaker dan peranan DUN itu sendiri.

Jika dibiarkan pihak ekskutif yang tidak amanah ini mengganggu pihak legislatif maka keadaan akan terus haru-biru di Perak.

Bagi mereka yang berfikir, kemelut di Perak menampakkan dengan jelas akan kedayusan UMNO/BN bersikap anak jantan dalam politik. Mengambil-alih pemerintahan Perak secara tidak berperlembagaan dengan 'menculik' beberapa ADUN Pakatan. Selepas itu mempengaruhi perlantikan 'Menteri Besar' Zamri secara tidak mengikut prosedur yang sewajarnya dan tergesa-gesa. Mempengaruhi keputusan penolakan pembubaran DUN kerana takut bertembung dalam pilihanraya Perak untuk memberi kuasa kepada rakyat membuat keputusan. Sekali lagi takut untuk menghadapi persidangan tergempar DUN Perak pada pagi tadi. Menghina dan memalukan sistem demokrasi di Malaysia. Inilah rupa UMNO/BN sebenarnya.

Jika masih ada lagi rakyat yang masih sudi mahu menyokong UMNO/BN yang sudah hilang kredibiliti itu maka malanglah nasib demokrasi negara ini kerana pengasingan kuasa telah dicabul. Siapakah yang mencabul ?


No comments: