Followers

Tuesday, March 24, 2009

Pakatan Rakyat akan kalah di 2 Bukit ? - Malaysiakini

Melihat kepada keadaan yang berlaku sehari dua ini, belum tentu Pakatan Rakyat akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau. 'Kuku tajam' Najib sudah mulai mencengkam. UMNO akan berusaha hanya untuk menang walau apa cara sekalipun. UMNO akan buat apa sahaja. UMNO akan guna apa sahaja. UMNO akan pasti langgar apa sahaja.

UMNO sudah melanggar undang-undang tubuh negeri Perak. UMNO sudah melanggar Perlembagaan Malaysia. Siapa percaya UMNO tidak akan melanggar peraturan SPR dan peraturan apa sahaja yang ada. UMNO yang ada kini bukan berwajah Pak Lah dan Jeane lagi tapi UMNO sekarang UMNO berwajah Najib dan Rosmah.

Akan berlaku krisis perlembagaan ? UMNO mana yang akan bimbang jika berlaku krisis perlembagaan ? UMNO mana yang akan serabut jika imej di mata dunia menjadi teruk. UMNO bukan parti yang bimbang itu semua. Kalah mempertahankan Batu Putih pun UMNO tidak pernah merintih dan hiba.

Di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, pasti UMNO akan buat apa sahaja....apa sahaja untuk menang.

UMNO membuat apa sahaja telahpun bermula.... Permit Harakah dan Suara Keadilan digantung 3 bulan. Ceramah Anwar disembur gas. Ceramah pengisytiharan calon PAS dipendekkan. Ramai penyokong Pakatan Rakyat ditahan polis. Pada pukul 8 malam tadi semua rangkaian TV melaporkan persidangan UMNO !

Apakah tidak mungkin UMNO akan mengarah PDRM tidak membenarkan ceramah dan kempen Pakatan Rakyat dilakukan disepanjang tempoh berkempen atas alasan keselamatan awam. Mustahil ? Tidak ada yang mustahil jika UMNO mahu melakukannya. Itu UMNO kan !

Dalam keadaan ir Nizar masih Menteri Besar, UMNO lantik Dr Zamry jadi Menteri Besar Perak.
Penggantungan sesuatu penerbitan akhbar, biasanya dengan alasan tetapi penggantungan Harakah dan Suara Keadilan tanpa alasan sepatah pun.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat perlu mencari majoriti paling besar agar segala hantu jembalang, pontianak dan jerangkung yang dibawa masuk hantu raya UMNO tidak akan membawa makna apa-apa kepada UMNO. Jika tidak Pakatan Rakyat akan kalah !

1 comment:

Anonymous said...

Amenu sudah membayangkan pengundi akan keluar lebih daripada 80%.. Secara purata peratusan keluar mengundi di msia 70%. Maksimum undi hantu boleh capai sehingga 30% walaupun untuk jumlah selamat biasanya amenu ambik 10%-15%. (rujuk PRK PP & KT mengambilkira sasaran amenu sblm pilihanraya).

Dgn 55++k pengundi di bkt gantang maka 15% hantu = 9k hantu. Maka untuk selamat PR perlukan lebih dpd 10k majoriti.

Tp jgn lupa amenu zaman najis bleh bertindak ekstrem ke 30% hantu.. & itu bermakna 18k hantu.

CankerSaurus