Followers

Friday, March 27, 2009

Mereka tidak layak menentukan nasib kita....

Tiada apa perubahan berlaku kepada UMNO melainkan berubah orang yang mendokong parti itu sahaja. Seluruh rakyat yang berintegriti yang mungkin masih ada harapan untuk melihat UMNO yang bersih, murni dan mulia dari aspek perjuangan menaikkan imej kerajaan Malaysia dan mendaulatkan bangsa, agama dan negara tercinta hanya akan terus mendengar retorik demi retorik yang serupa dan memenyampahkan.

Retorik yang pertama ialah UMNO akan membuat perubahan yang secucuk dengan kehendak akar umbi rakyat. Kita lihatlah nanti apakah kenyataan ini akan bernar-benar menjadi realiti atau hanya retorik membosankan semata-mata.

Bolehkah 22 juta rakyat Malaysia percaya dan yakin serta meletakkan harapan, kepada wajah dan rupa, yang serupa UMNO itu, 2500 ahli UMNO, yang mengundi yang kononnya menentu nasib seluruh rakyat Malaysia? Pengundi-pengundi persidangan UMNO yang telah hilang integriti, yang setiap hari sebelum persidangan UMNO berkubang dalam lubuk politik wang tidak layak sama sekali untuk menentu nasib dan masa depan Malaysia.

Tanpa menyentuh Presiden UMNO yang baru, bolehkah kita yakin pemilihan mereka betul apabila KJ yang menang, apabila Noh Omar menang, apabila Hamzah Zainuddin menang, apabila Senator Norhayati Onn menang, apabila JJ menang, apabila Bung menang, apabila Mahathir Khir menang, apabila Shahril Samad kalah dan banyak lagi apabila yang menghairankan kita bila melihat wajah-wajah mereka yang menang itu?

Jika kita membuat penilaian yang jujur dan ikhlas jelas pengundi-pengundi UMNO tersebut tidak lulus, malah tidak layak untuk menentukan nasib dan masa depan kita semua.

1 comment:

HASHIMME OMAR said...

Yea, biarkan mereka mengukir dan memahat tiang-tiang yang dulunya (1946) begitu kukuh dan cukup menyakinkan. Mereka akan runtuh di atas pilihan mereka sendiri. Sebagai orang yang tahu perjuangan Dato Onn dan TA. Rahman, kita hanya boleh bersimpati kepada UMNO. Apa nak buat...