Followers

Sunday, March 15, 2009

Malang sungguh Malaysia nanti -Malaysiakini

Dr Mahathir berkata Najib menjerut leher sendiri jika memilih kabinet yang mengamalkan rasuah. Maka dapat dianalisakan bahawa banyak betulnya pandangan Mahathir itu. Mana-mana kerajaanpun yang dianggotai oleh kabinet yang rasuah akan meruntuhkan kerajaan itu sendiri bukan sekadar menjerut leher Perdana Menterinya.

Kerajaan akan runtuh kerana dihinggapi barah rasuah. Kerajaan akan runtuh kerana dikuasai oleh kuasa asing yang akan membeli anggota-anggota kabinet yang membuat keputusan dan kerajaan akan runtuh kerana rakyat lambat laun akan mengamuk kerana menyampah dan lapar kerana tiada pekerjaan. Itulah antara bahana apabila kerajaan diterajui oleh kabinet yang rasuah.

Persoalan yang tidak disebut oleh Tun Dr Mahathir sama ada sengaja atau tidak, perasan atau tidak perasan ialah persoalan Perdana Menteri. Bagaimana kalau Perdana Menteri itu sendiri paling dicurigai sebagai bapak rasuah ? Tidakkah itu lebih membahayakan negara?

Nampaknya Tun Dr Mahathir sibuk berkempen untuk anak dia sahaja. Dia tidak nampakkah kaki rasuah bagi jawatan yang lebih tinggi. Dan mengapa Dr Mahathir tidak sebut kepada umum mana satu calon-calon yang bertanding itu bersih, padang firasat dia? Bagaimana dengan Najib Tun yang menang tidak bertanding itu ? Bersih gamaknya Najib tu ....!!

Kalau ikut sifir yang Tun bagi itu, iaitu demokrasi akan pupus jika UMNO memilih pemimpin yang rasuah maka benarlah kaka-kata Tun itu. Contohnya di Perak pupus demokrasi kerana si Najib. Sudah pasti demokrasi akan pupus bila Najib menjadi PM nanti. Malang sungguh negara tercinta ini.

No comments: