Followers

Tuesday, March 10, 2009

Jangan bagi hujah dan alasan mengarut !

Memang parti ini akan dibenci terus oleh bangsa Melayu selepas ini. Menyampah rasanya bila mendengar komen yang begitu tergamak dari Menteri Pelajaran menuduh GMP didalangi oleh parti-parti pembangkang.

Komen ini seolah-olah pendokong-pendokong GMP yang terdiri daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu seperti Datuk Hasan Ahmad, Dato Baha Zain, A Samad Saidd an lain-lain, bodoh semuanya, tiada pelajaran semuanya dan tak tahu berfikir semuanya. Agaknya apa yang dia perasan, yang cerdik, yang ada pelajaran dan yang tahu berfikir hanya dia sahaja !

Nampaknya mengikut persepsi dia, kalau apa yang GMP perjuangkan itu betul, parti-parti pembangkang tidak boleh sokong GMP. Pembangkang mesti duduk diam dan perhatikan sahaja! Kalau parti pembangkang menzahirkan sokongan kepada GMP maka akan "menjadilah GMP didalangi pembangkang". Kalau inilah mentaliti seorang menteri maka kita pasti Malaysia akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang bakal hilang kualiti berfikir kerana pemikiran menterinya yang cetek dan bengal.

Menteri pelik kerana katanya kenapalah setelah 6 tahun PPSMI berlangsung kenapa sekarang baru tidak bersetuju ?

Kenyataan ini bagaikan kenyataaan orang yang tidak sedar apa yang berlaku selama ini. Sepanjang yang kita ingat sewaktu mula-mula hendak dilaksanakan PPSMI ini, riuh rendah rakyat menzahirkan bangkangan tetapi pihak yang berkenaan yang memekakkan telinga. Sebaliknya pihak yang berkenaan secara aktif berusaha gigih saban hari dan waktu membentuk public opinion di kalangan rakyat bawahan melalui saluran media mereka. Akhirnya apa yang berlaku seolah-olah macam yang menentang PPSNI golongan minoriti dan menyokong PPSMI majoriti.

Semoga Menteri Pelajaran tidak terus berdolak-dalih dan mencari alasan untuk meneruskan dasar PPSMI selepas ini. MANSUHKAN PPSMI.





6 comments:

Anonymous said...

Menteri Bapuk siam tu bukan setakat berfikiran cetek dan bengal tetapi dia memang bodoh, bangang, bebal dan segala perkataan yang melambngkan kebodohan memang ader pada beliu si turki mabuk

Anonymous said...

Menteri Bapuk siam tu bukan setakat berfikiran cetek dan bengal tetapi dia memang bodoh, bangang, bebal dan segala perkataan yang melambngkan kebodohan memang ader pada beliu si turki mabuk

P'su said...

kalau x nak 2 seribu alasan & seribu dolak dalih.. yg nanya anak bangsa kita..itulah sikap pemimpin yang x faham tanggungjawab dlm kerajaan.. mereka adalah tuan kepda rakyat, bukan rakyt tuan mereka.. cakap je nak jaga kepentingan rakyat@bebuih sy dengar mereka sanggup jd hamba rakyat la.. bila timbul isu berkaitan dgn rakyat baru nampak berapa besar keegoaan mereka

awang kata said...

Menteri berdengung. Perasan dialah yang cerdik, ilmuan lain semuanya tidak secerdik dia.

Hammid_77 said...

Bagus...memang bagus

Perbanyakan artikel untuk memajukan minda golongan muda Melayu agarBahasa Kita dijunjung kerana kehebatan Bangsanya.

Anonymous said...

Hmmm, kalau diajar dlm BI ape yg terluput dlm jiwa Melayu? ade sesiapa boleh yakinkan yg jika belajar dlm BM pon bdk2 Melayu takkan gagal?

Kalau si Terresa Kok yg tukar papan tanda Jawi kpd pelbagai bahasa tak dibisingkan pulak? Org Melayu jika Melayu yg buat salah dah bising. Jikalau org2 lain hina bangsa sendiri buat2 bodo plak.

Fikir2kan lah. :)