Followers

Sunday, February 01, 2009

UMNO pasti akan berkubur ?- Malaysiakini

Semenjak riuh-rendah 'kehilangan' 2 ADUN Pakatan Rakyat Perak, pelbagai spekulasi melanda Kerajaan Perak tersebar pada waktu ini. Ada yang mengatakan kerajaan Pakatan akan bertukar tangan kepada Barisan Nasional dalam masa terdekat. Ada yang mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat akan terus memerintah dengan majoriti tipis dan ada yang mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN jika dibenarkan oleh undang-undang.

Apa yang menarik, apa pun yang berlaku dalam politik Perak hari ini ialah PAS dan DAP. Dua parti politik yang sering bermusuhan kerana ideologi politik yang jauh berbeza akan hidup mati bersama, sehati sependapat mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat yang ada ini, yang kian rapuh itu. Tindakan politik bersama dua parti bertentangan ideologi ini bakal menentukan nasib dan usia kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Dalam erti kata lain pada waktu ini DAP perlu bersama dan setia kepada PAS dan PAS juga perlu bersama dan setia kepada DAP dengan sokongan dari 'prinsip rapuh' ADUN-ADUN dari PKR.

Signifikannya, konflik yang berlaku di Perak ini sebenarnya mentakdirkan mahu tidak mahu, PAS dan DAP akan meneruskan kerjasama-erat dalam politik sebagaimana yang ditunjukkan di Kuala Trengganu tempoh hari. Dua parti politik ini sebenarnya memang tidak mampu untuk bercakaran jika terus mahu mengekalkan momentum sokongan rakyat terhadap PR.

Sebenarnya, jika benar strategi Dato Najib (?) mahukan dua ADUN PKR itu melompat kepada UMNO pada waktu sekarang, maka startegi itu adalah senjata makan tuan. Jika terpaksa dan memaksa kerajaan Pakatan membubar DUN Perak untuk menyerah kembali mandat kepada rakyat, UMNO akan menghadapi keadaan yang sangat sukar dan sakit. Spekulasi yang mendakwa UMNO akan runtuh akan menjadi semakin mudah dan lebih segera lagi.

Isunya kepada UMNO/BN jika pilihanraya DUN diadakan, mampukah UMNO/BN mengembalikan keyakinan ratyat kepadanya dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang mencengkam rakyat hari ini ? Ketidakbersediaan kerajaan UMNO/BN dalam menyediakan langkah-langkah tegas menghadapi kemelesetan ekonomi dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat yang kian jengkel terhadap cara kerajaan UMNO/BN menghadapi kemelesetan ekonomi.

Isu kedua mampukah UMNO/BN berbelanja besar untuk memenangi pilihanraya dalam keadaan ekonomi yang gawat ini. Berbelanja kecil bukan UMNO/BN untuk menghadapi sesebuah pilihanraya. Politik UMNO/BN adalah politik 'janji dan suap pembangunan'. Risikonya, walaupun dijanji pembangunan bulan bintang, rakyat di Kuala Trengganu contohnya tetap menolak UMNO/BN!

Isu yang ketiga, jika pilihanraya diadakan sebelum perhimpunan Agung UMNO maka UMNO akan pasti bergaduh sesama sendiri untuk mendapat tempat sebagai calon dan sebagainya. Begitu juga jika pilihanraya diadakan selepas perhimpunan Agung UMNO. Apakah berbagai team dalam UMNO akan menyokong calon-calon UMNO yang bukan dari team mereka ?

UMNO pasti akan hancur dan berkubur!!?
PAS dan DAP akan terus berpadu !!?

1 comment:

Anonymous said...

Aku percaya bagaimana pun UMNO tidak akan bangkit di Perak semula.. kerana Perak bukan UMNO punya.. Perak, Rakyat punya.. Bangun rakyat Perak pilih parti yang benar mendokong kamu.. bukan mendokong mereka yang mementingkan diri sendiri.. TAHNIAH ke atas EXCO yang letak jawatan tersebut.. selepas ini mungkin tidur anda pasti LENA.. (yer ker...?).. Pikirlah mana ada pemimpin parti yang membalas dendam atas kekalahan mereka dengan menjadikan orang melayu berpecah belah seperti UMNO.. contohnya sudah ada JKKK ada pula JKKP.. agensi kerajaan pusat tidak boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri.. UMNO lah PARTI yang menjahanamkan MELAYU.. Sombong dan ego.. bantahan PPSMI pun tak nak dengar.. rosak bahasa melayu.. UMNO lah yang telah membunuh banyak parti melayu yang lain sebelum merdeka.. putar belitkan sejarah perjuangan melayu.. Rakyat Perak.. ingat IBRAHIM YAAKOB orang yang mula-mula memperjuangakan kemerdekaan pada 1938 dengan Kesatuan Melayu Muda bertitik asas di Maktab Perguruan Sultan Idris, Kuala Kangsar dan ditubuhkan di KL.. KMM diburukan oleh UMNO.. Ibrahim Yaakob dihina begitu sahaja.. mendakwa tali barut jepun.. UMNO juga lah parti yang banyak merampas tanah orang melayu.. UMNO lah cakap tak serupa bikin pasal ISLAM (isteri pemimpin sendiri pun tidak menutup aurat..) Ingat Rakyat Perak.. Pilihlah mereka yang benar-benar mendokong kamu dan keluarga kamu.. Bila berkata pasal pembangunan.. negara komunis seperti RUSIA, CHINA, PERU pun ada Pembangunan juga.. malah lebih baik dari pembangunan di Malaysia.. aku bukan penyokong komunis tetapi pemimpin bangga dengan pembangunan yang mereka lakukan.. sedangkan itu tanggungjawab mereka.. tetapi mereka lupa mengenai tanggungjawab sosial.. menjadikan Rakyat Malaysia dihormati dan saling bekerjasama serta memiliki akhlak yang mulia.. ALLAHHUAKBAR..