Followers

Thursday, February 19, 2009

Suuudahlah Bung ! - Malaysiakini

PPSMI telah mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat hari ini.

Antara yang menarik ialah hujah Datuk Bung Mokhtar (BN Kinabatangan) yang menyokong supaya PPSMI diteruskan kerana katanya PPSMI mampu meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasannya. Dan dia berhujah lagi dengan mengatakan bahawa dasar PPSMI sangat disokong oleh penduduk di Kinabantangan.


Adalah disyorkan agar pihak Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) pergi ke Kinabatangan membuat kajian prestasi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris para pelajar di kawasan tersebut. Nampaknya dari hujah yang diberikan begitu hebat sekali prestasi mata-pelajaran berkenaan di parlimen Kinabantangan yang berwakil- rakyatkan Bung Mukhtar.
Betapa megahnya dia mengatakan ,walaupun tidak ada pusat tuisyen bahasa Inggeris, PPSMI telah menjadi satu cara anak-anak di tempat dia bertambah mahir dalam bahasa Inggeris.

Kajian juga perlu dibuat sama ada betul atau tidak dakwaan Bung bahawa PPSMI di sokong oleh majoriti penduduk Kinabatangan atau penduduk kinabatanagan sebenarnya tidak faham apa-apa tentang PPSMI itu.

Bung Mukhtar juga perlu diberi perlindungan keselamatan dalam Dewan Rakyat berikut dakwaannya bahawa beliau merasa tidak selamat sewaktu dikelilingi oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu. Teruk dan 'brutal' benar pejuang bahasa Melayu rupanya! terhadap wakil rakyat yang paling sopan dan lemah lembut dalam sejarah ini! Kesian dia...pucat mukanya dan keselamatannya terancam sewaktu dikelilingi oleh interlektual bahasa Melayu yang semuanya kasar-kasar dan ganas itu !!!

Sebenarnya, bolehkah kenyataan Wakil Rakyat yang seorang ini dipercayai? Siapa yang mengancam siapa sebenarnya ? Siapakah yang kasar terhadap siapa? Terfikirkah kita orang-orang seperti Datuk Hassan Ahmad, Samad Said yang baru-baru ini dengan penuh jiwa kemanusiaan membaca puisi anti Yahudi di malam menyokong perjuangan Palestin yang teraniaya, Abu Bakar Chik dan Ainon Mohd betul-betul mengancam keselamatan Wakil Rakyat ini ?

Fikirlah sendiri. Tidak kenalkah kita siapa itu Bung Mukhtar yang pernah bercakap lucah di parlimen dulu ? Suuudahlah Bung !!

No comments: