Followers

Sunday, February 15, 2009

SPR memulakan proses kekalahan UMNO/BN di dua Bukit - Malaysiakini

Penetapan tarikh Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau pada 7 April 2009 oleh SPR sebenarnya akan lebih menyusahkan Barisan Nasional terutama UMNO. SPR berbuat demikian dengan harapan untuk 'melegakan' UMNO yang mungkin menghadapi kemelut persaingan dan perebutan jawatan serta rasuah wang sesama sendiri. Bagi SPR jika diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO ia akan dapat membantu UMNO untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua PRK tersebut dan seterus SPR berharap akan memudahkan UMNO/ BN menang nanti.

Niat ada udang disebalik batu SPR itu memang dinafikan oleh Pengerusi SPR. Tetapi apakah SPR merasakan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini semakin hari semakin bodoh dan tongong untuk membaca hanky-panky SPR tersebut ? Karat SPR yang lama masih belum habis dibuang malah masih banyak, datang pula Pengerusi baru terus memalitkan karat-karat yang lebih menjahanamkan kredibilti SPR secara berterusan.

Apabila dikritik begini sudah pasti SPR akan bingkas menempelak dengan hujah-hujah lapuk yang tidak relevan langsung "inilah penyokong pembangkang, kalau menguntungkan mereka, mereka sokong tetapi kalau merugikan mereka, mereka kutuk". Benarkah penyokong pembangkang atau penyokong anti-penyelewengan UMNO/ BN bersikap begitu ?

Sebenarnya pihak yang menyokong pembangkang UMNO/BN juga golongan tahu berfikir dan kami membaca semua aliran media - media kerajaan dan media pembangkang. Sudah pasti dengan pembacaan yang luas golongan yang dikatakan menyokong Pakatan Rakyat lebih tepat dalam menilai sesuatu situasi dan isu berbanding penyokong UMNO/BN yang bagaikan katak di bawah tempurung yang hanya membaca media arus perdana yang mengampu dan lapuk.

Sebab itu SPR tidak perlu marah jika banyak pihak menuduh SPR berusaha melegakan UMNO dengan menetapkan tarikh pilihan raya tersebut pada 7 April 2009. Soalnya apakah strategi SPR yang berperangai sebagai salah satu sayap UMNO itu betul ? Rasanya SPR membuat kesilapan besar.

Parti UMNO mana yang mampu menjauhkan diri mereka dari merasuah perwakilan yang mengundi ? Ini bukan tuduhan malah para pemimpin UMNO yang veteran sendiri tidak yakin UMNO yang ada kini mampu membenteras rasuah wang ini. Apabila ini berlaku sudah tentu banyak wang akan dicurahkan untuk menang. Sedangkan wang juga yang akan UMNO/ BN gunakan untuk PRK nanti. Jawabnya habislah wang yang sepatutnya digunakan untuk meransang ekonomi negara. Kita tengoklah nanti, penyelewengan dan kebobrokkan akan terus berlaku dan semakin terdedah kepada pengundi yang semakin prihatin dan semakin memudahkan mereka membuat penilaian antara kaca dan permata.

Faktor yang kedua, biasanya selepas pertandingan UMNO, para pemimpin UMNO akan berpecah mengikut klik masing-masing. Yang kalah pasti tidak akan berkempen dalam PRK nanti kerana kecil hati dan kecewa. Keadaan yang lebih dahsyat dari apa yang belaku di Kuala Trengganu akan berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Wanita tidak akan bekerja dengan tenaga maksimum. Kalau Khir Toyo menang apakah Mukhriz dan KJ akan membantu pemuda yang akan mengukuhkan Khir Toyo dalam jenama Pemuda UMNO ? Begitu jugalah sebaliknya.

Apakah yang akan terjadi jika Mahyuddin kalah ? Klik Mahyuddin mana yang akan membantu klik Ali Rustam. Begitu juga sebaliknya.

Bagaimana pula jika Zahid Hamidi tersembam dalam pertandingan Naib Presiden. UMNO pasti akan berpecah bukan pecah bagaikan pinang dibelah dua tetapi bagaikan kaca retak seribu.

Sebenarnya SPR telah membuat keputusan yang sangat silap. UMNO akan terus merana di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana SPR. Yang akan mengundi UMNO/BN nanti hanyalah pengundi-pengundi pos yang terpaksa, pengundi-pengundi saluran satu yang tak tahu apa-apa dan pengundi-pengundi hantu yang beribu !!

No comments: