Followers

Thursday, February 19, 2009

Raja katak pengampu terulung - Malaysiakini

Siapa tidak kenal raja katak. Melompat ke sana ke mari dalam medan politik tanah air memang sifat semulajadi dia. Selagi ada ruang untuk mengampu dia akan melompat. Dia pernah mengampu Mahathir. Macam-macam dia ampu Mahathir.

Sewaktu dia diterajang keluar oleh UMNO Pak Lah dia cuba mengampu Tok Guru. Tapi Tok Guru tidak makan ampu. Tok Guru cuma melayan dia dengan pendekatan dakwah.Tok Guru berdakwah kepada dia mudah-mudahan dia tidak menjadi katak lagi. Nampaknya usaha guru setakat hari ini tidak nampak jalan.....kerana memang jenis katak, melompat.

Sekarang ini raja katak sudah tidak nampak Tok Guru. Parti Tok Guru yang banyak tolong dia semasa dia kena terajang dulu, dia hentam juga. Tok Guru yang berdakwah kepada dia pun dia pernah sindir. Inilah perangai raja katak yang memenyampahkan orang ramai terhadapnya. Tak tahulah apa jenis katak dia ni.

Hari ini nampaknya dia semacam ampu parti Pak Lah pulak. Macam ampu Pak Lah juga lah! Dia macam mencari peluang mahu melompat balik ke 'kolam tahi' lama dia. Tengoklah sikit lagi. Paling-paling lewat pilihanraya ke 13 nanti. Dia mesti melompat punya! Kalau tak melompat mati kataklah dia selepas ini. Tok Guru mana hendak bagi ihsan politik sekali lagi kepada dia ?

Hari ini dalam persidangan Dewan Rakyat dia sahajalah dengan Bung Mokhtar, Mohd Aziz dan Tajuddin Rahman yang setia dan tidak menderhaka kepada raja-raja Melayu. Pembangkang dan penyokong pembangkang yang mempertahankan hak mengikut undang-undang semua menderhaka ! Kalau hanya pembangkang hulur 'kepala' untuk dipotong oleh mainan politik ganas UMNO, barulah dia kata tidak menderhaka kepada raja.

Bagaimana agaknya dalam hati raja katak, adakah Tengku Razaleigh Hamzah pun menderhaka kepada Sultan Perak sebab Tengku Razaleigh kata Datuk Seri Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah ! Menderhaka jugalah tu....macam Karpal Singh dan Mahathir.

Begitulah raja katak ! Raja katak akan mengampu sesiapa sahaja yang boleh memberi nafas politik kepada dia. Dia adalah pengampu terulung.

4 comments:

alrawa said...

Siapa yang percaya akan orang(katak?) ini lagi? Rakyat mana yang hanya mendengar pidato pemimpin? Kenyataan ini menghina ist...oops rakyat.
Sudah lah, umor dah 58 tahun,berhenti lah jadi barua dan badua!

Anonymous said...

mintak2 atas kebijaksanaan pemimpin PAS jgn diberi ruang pd manusia mcm ni...xde ape lgsung yg dperjuangkn oleh dia ni slain bangsa melayu dia saja. seolah2 dia saja la hero.

g mati ngan katak

Abu Muhammad Haikal said...

...Dulu aku dan kata kat orang2 Pas di Pasir Mas, tp diaorang kata ok, Brahim ni aku tengok muka dah tahu perangainya..

kita tengok p13 Brahim akan dok dimana...

P'su said...

Media pun bodoh! duk ambik komen sikatak tu buat ape.. macam xde orang lain yg lebih kredibiliti lg..