Followers

Sunday, February 15, 2009

PPSMI: Hishamuddin Tun Hussein sedang 'sakit kepala' - Malaysiakini

PPSMI pusaka warisan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir sedang menghantui dan 'menyakitkan' kepala Menteri Pelajaran Dato Hishamuddin Tun Hussein. Sesungguhnya PPSMI adalah isu besar yang bukan sahaja mengancam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu malah sedang mengancam bintang politik Hishamuddin sendiri.


Telah sekian lama sejak dilancarkan oleh Dr Mahathir sebahagian besar rakyat menentang dasar ini. Namun demikian pihak pemerintah UMNO/BN sentiasa memutar belit fakta kesan PPSMI terhadap para pelajar, memekakkan telinga dan membuli tututan rakyat dengan berbagai helah dan alasan apabila rakyat mendesak PPSMI dimansuhkan.


Saman Pemuda PAS pada awal-awal dasar ini dilancarkan terhadap kerajaan telah dibekukan dalam 'peti sejuk' perundangan. Sehingga ke hari ini tidak tahu apa kesudahannya saman Pemuda PAS tersebut.


Nasihat dan kritikan membina oleh para cendikiawan Bahasa Melayu yang berwibawa dan berintegriti dari institusi-institusi pendidikan dan secara peribadi juga dibakul sampahkan.


Demikianlah betapa gigih dan mantapnya UMNO mempertahankan dasar yang sedang menghakiskan kedaulatan bangsa dan bahasa Melayu sebagaimana gigihnya UMNO menghilangkan tulisan jawi dalam jiwa raga orang-orang Melayu dahulu! Inilah wajah dan rupa parti politik yang sering mendakwa sentiasa memperjuangkan jati diri bangsa Melayu !!


Semalam Presiden MCA Ong Tee Kiat sendiri menggesa pihak kerajaan UMNO/BN mengkaji balik dasar PPSMI ini yang begitu merugikan para pelajar khususnya di luar bandar katanya.


Namun demikian masih ada lagi segelintir umat Melayu yang agaknya bagai isi dihujung kuku atas nama perubahan dan sikap pragmatik kononnya mempertahankan dasar ini dan tidak mahu mempelajari sejarah kehilangan tulisan jawi dahulu. Kini golongan ini menjadi terlalu terpinggir apabila Gerakan Mansuhkan PPSMI di wujudkan.


Gerakan Mansuhkan PPSMI bersama-sama NGO-NGO yang menentang dasar ini, kini menjadi igauan ngeri kepada Hishamuddin Tun Hussein dan UMNO sendiri. Tindakan pertama Gerakan Mansuhkan PPSMI ini, yang memberi kesan besar kepada politik UMNO/BN ialah dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu. Sumbangan gerakan ini dalam memenangkan YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut sangat besar.


Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) selanjutnya nekad untuk mengadakan perhimpunan raksasa yang mensasarkan penyertaan 100,000 orang pada 7 Mac depan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walau apa juga keadaannya kata Setiausaha GMP, Hasni Abas.

Hari ini pula Gapena telah membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan telah melanggar Perlembagaan Persekutuan berhubung isu bahasa dengan memperkenalkan PPSMI.

Pendirian Gapena yang hanya mahu membuat laporan polis dan bukannya terus mengambil tindakan mahkamah seperti yang dirancang sebelum ini amat menconteng wajah politik dan 'menyakitkan' kepala Hishamuddin Tun Hussein. 'Sakit kelapa' ini nampaknya tidak akan menjadi 'sakit kepala' yang apabila ditelan ubat akan terus hilang, tetapi sebaliknya ia akan menjadi 'migrain' berpanjangan kepada Menteri Pelajaran itu selagi PPSMI ini tidak dimansuhkan.

Sudah pasti Gerakan Mansuhkan PPSMI ini yang becadang mengadakan demonstrasi 100,000 orang akan memberi tekanan kepada cahaya kegemilangan Hisahamuddin dalam perhimpunan agung UMNO nanti.

Bayangkan jika Hishammuddin dan Kerajaan UMNO/BN gagal mengumumkan dasar PPSMI ini dimansuhkan menjelang perhimpunan Agung UMNO nanti, GMP masih mempunyai medan ampuh untuk mengajak rakyat mengajar UMNO/BN di PRK Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebelum menghukum UMNO/BN dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Nampaknya Hishamuddin Tun Hussein akan benar-benar 'sakit' kepala, melainkan mengumumkan dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti PPSMI dimansuhkan !

2 comments:

semutar hitam said...

Rakyat sudah marah. Dalam bahasa Melayu pun ada Si Kitolnya. Yang cuba memusnahkan bahasa Melayu. Hishammuddin, usah jadi Si Kitol.

Anonymous said...

cuba pikir out of the box sket, jgn pikir nk senang skang je, pikir keuntungan di kemudian hari, pikir graduan skang ni yg pointer 3 ke atas masih menganggur, sbb apa? sbb tak tau english! bkn mengagungkan bahasa tu, tp tu la realiti org2 melayu yg terpaksa cari kerja dgn swasta...pekerjaan jenis eksekutif la..bkn jenis keja kt kfc tu (yg peluang kerjanya berkali ganda lg byk drpd gov...tp dipelopori oleh non-malays sbb org melayu tk ramai yg pandai english), org yg keja government boleh la nk survive kerja pasal english is not practically use there, hanya bos2 atas je yg salu speaking...yg bwh2
tu leh kira la bape kerat yg fluent english, sy sendiri susah dulu, walaupon saya dpt english a1dlm spm, tp sbb kurang pendedahan dalam english communication, sy susah nk cari keja seblom ni (alhamdullillah skang dh dpt...setelah bermacam2 cara dan bermacam2 keja sampingan saya buat utk survive). ok walaupon PPSMI ni takde kait dgn graduan menganggur, tp pikir balik btul2...ada kait jugak sket2...kenapa sy ckp gitu? sbb bila PPSMI ni dibuat, secara automatik student akan didedahkan sket2 dgn english,drpd english zero trus la tau sket2 apa alatan sains dlm english, 1-100 dlm english, mengira dlm english and so on, lps tu bila salu communicate dgn teacher dlm kelas tu, secara tk langsung dia boleh mahirkan english communication skill dia, bahasa melayu masih juga dipraktikkan di subjek2 yg lain, so apa yg nk risau bahasa melayu hilang whatsoever...kecoh btul! so what mahathir is trying to do ialah menyelamatkan org melayu drpd trus kat tahap yg sama je...korang tk nampak...tau nk kondem je just bcos skang ni budak
tkleh paham blaja maths n science in english (i'm not pro-mahathir tp cuba pikir positive side...buat pro-contrast, instead of asyik nk ngutuk org je. mmg ada kelemahan mula2 ni, tp as time goes by budak ni akan adapt dgn environment PPSMI ni, just give them some time, then lihat hasilnya. mmg ada kelemahan terutama utk budak2 luar bandar, kita boleh cari jalan atasi masalah ni (instead mencari salah org je), contoh mcm ada sorang cikgu ni, dia sendiri kata PPSMI ni ok, cuma lack of communication skill...so cikgu ni cadangkan..adakan klas basic communication skill(english) untuk budak2 ni..ha kan ok tu? byk lg cara nk atasi masalah ni...kena figure la. minta maaf la bahasa saya rojak, tp itula bahasa org skang, kang kalo bersembang ckp bahasa melayu btul2 org kata kita nerd plak, tp bila ada benda2 formal saya cakap la bahasa melayu btul2...ala, minah2 vogue kt luar sana tu,pakai seksi2 mekap tebal2 pon blk rumah makan nasik gak. what i'm trying to say, takkan hilang melayu di dunia, samalah juga bahasanya. sekian terima kasih. pls approve wahai author, baru ada pro-kontra sket ;)